Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SHAFIE PERLU BEZAKAN JAWATAN POITIK DAN JAWATAN AWAM

$
0
0
DATUK Shafie Apdal perlu membezakan antara jawatan politik dan jawatan awam.

Ketua Menteri ke-15 Sabah itu yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, cuba menyamakan jawatan politik dan jawatan awam, apabila terus mengaitkan Tan Sri Musa Aman dan Datuk Anifah Aman dalam setiap ucapannya, bagi tujuan mengelirukan pendapat awam berkaitan perlantikkan jawatan-jawatan penting rakyat asal Semporna ke jawatan-jawatan penting di Sabah.

Semasa era kerajaan lalu, memang betul, Musa adalah Ketua Menteri Sabah, dan Anifah Menteri luar negara. Mereka itu adalah lantikan politik atas merit masing-masing, dalam parti. Musa adalah Ketua Pehubungan Umno Sabah, selain ADUN Sungai Sibuga dan Ketua Bahagian Umno Libaran. Manakala Anifah adalah MP Kimanis juga Ketua Bahagian Umno Kimanis. Musa menjadi Ketua Menteri atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi BN Sabah, manakala Anifah dilantik ke jawatan Menteri Kabinet atas kuasa mutlak Perdana Menteri.

Mengapa Shafie cuba menyembunyi sesuatu? sedangkan masa lalu, adik beliau sendiri ada lah ADUN Lahad Datu, sementara beliau adalah MP Semporna. Mengapa Yusof adik beliau menjadi ADUN Lahad Datu? sebabnya adik beliau adalah Ketua Bahagian Umno Silam. Yusof dipilih bertanding atas kapasiti dan merit beliau sebagai Ketua Bahagian Umno, demikian juga Anfiah dipilih sebagai calon Parlimen Kimanis atas kapasiti dan merit beliau sebagai Ketua Bahagian Umno Kimanis dan juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Shafie mempersoalkan mengenai merit? apa kah juga turut mempersoalkan kedudukan Tun Dr Mahahir? kerana MP Langkawai itu juga sebagai Perdana Menteri, manakala anak beliau yang juga MP Jerlun dan ADUN Jitra, Kedah- Dato Mukhirz Tun Mahathir adalah Menteri Besar Kedah.

Shafie perlu membezakan antara perlantikan penjawat awam dengan politik, kerana jawatan politik mempunyai merit tersendiri.

Di Sabah kini, isu utama yang melanda pentadbiran negeri, khususnya perlantikan penjawat awam, kerana berlakunya sempornisasi. Sudah lah untuk julung kalinya, Ketua Menteri dan Timbalannya daripada daerah yang sama, parlimen yang sama, juga daripada suku yang sama.

Sudah menjadi rahsia umum, sejak Shafie menjadi Ketua Menteri, peluang-peluang mendapatkan kontrak kerajaan hanya tertumpu pada syarikat-syarikat yang ada hubung kait dengan rakyat asal Semporna, demikian juga jawatan-jawatan penting termasuk pegawai-pegawai daerah.

Era sekarang terlalu sukar untuk menyembunyikan fakta, kerana maklumat atau informasi hanya berada dihujung jari. Shafie tidak perlu meneggakkan benang basah, dengan mengaitkan jawatan-jawatan politik era kerajaan lalu, kerana tidak saling berkait. Musa tiada kuasa melantik saudaranya Anifah sebagai Menteri kabinet Persekutuan, demikian juga perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri, hanya kerana kapasiti dan kedudukan beliau sebagai Pengerusi Bn dan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah. Juga perlantikan beliau ke jawatan Ketua Menteri adalah syor Pengerusi Bn Pusat dan Presiden Parti, bukannya seperti Shafie yang mengangkat sumpah Ketua Menteri menerusi pintu belakang, bukannya atas kehendak rakyat.

Shafie tidak akan dapat bertahan dengan hujah-hujah beliau berkaitan tomahan mengenai kerajaa lalu, kerana rakyat Sabah tahu membezakan mana kerajaan yang dapat membela rakyat, mana yang tidak. Buktinya pada PRK Kimanis, bukan sahaja calon parti Warisan kalah, malah parti itu ditolak, kerana di DUN Bongawan, yang dimenangi parti itu pada PRU-14, pada PRK Kimanis, telah kalah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808