PENULIS mencatit rekod kejayaan dan pencapaian kerajaan Era Tan Sri Musa Aman, sebagai jawapan kelentong Datuk Shafie Apdal kepada rakyat sempena Sambutan Tahun Baru Cina, kawasan Keningau, hujung minggu lalu.
Shafie dalam ucapan beliau, sempena sambutan tersebut, lebih kepada hujah politik, diseliti kelentong, khususnya berkaitan kerajaan lalu.
Untuk pengetahuan rakyat Sabah, rekod tidak pernah berbohong, kerana ianya bukan kelentong politik, sebagai contoh REKOD keluasan hutan Sabah pada tahun 2002 adalah 838 ribu hektar. Lima belas tahun kemudian, keluasan itu meningkat kepada 1.87juta hektar. Peningkatan ini, merupakan jawapan kepada dakwaan, kononnya, di era Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri, berlakunya pembalakan yang tidak terkawal.
Selain itu, kegiatan pembalakan berskala besar Kerajaan Negeri telah diberhentikan sepenuhnya di tiga kawasan utama iaitu Ulu Segama, Malua dan Kalumpang pada 2007. Pemberhentian ini walau pun telah mengurangkan pendapatan Kerajaan Negeri sebanyak RM1 bilion dalam bentuk royalti balak, tetapi ia telah menyelamatkan 240,000 hektar kawasan di bawah Pengurusan Hutan Lestari, pemuliharaan habitat orangutan dan koridor hidupan liar yang lain.
Serentak dengan itu kerajaan negeri memperkenalkan pengurusan hutan secara mampan (SFM) dimana 53% daripada keluasan negeri Sabah atau 3.9 juta hektar diletakkan sebagai rizab hutan, kawasan perlindungan dan kawasan pemuliharaan hidupan liar. Manakala, 30% atau 2.2 juta hektar dijadikan kawasan Perlindungan Hutan Sepenuhnya (Totally Protected Areas); ini termasuklah Maliau Basin dan Danum Valley. Pendekatan ini selaras dengan ketetapan yang diwajibkankan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk konservasi Alam semulajadi (IUCN).
Di era kerajaan lalu, walaupun pengguna media sosial kerap berkongsi lori-lori balak mengangkut kayu-kayu bulat, akan tetapi, lori-lori itu bukan daripada Sabah, akan tetapi daripada kawasan lain, seperti Papua New Guinea (PNG) atau negara jiran, Indonesia.
Pada Julai 2018, Kerajaan Baharu Sabah telah mengaktifkan semula Jawatankuasa Pembenterasan Pembalakan Haram di Jabatan Ketua Menteri, selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Hutan 1968, namun apa yang berlaku selepas itu, jalan-jalan di Sabah terutama di kawasan pedalaman di mana hutan kekal berlokasi, siang malam di dapati lori-lori balak mengangkut kayu-kayu bulat yang lurus-lurus, yang biasa jenis kayu seumpama ini, hanya di dapati di hutan-hutan dara.
Pada akhir bulan Julai sehingga awal bulan Ogos, 2019 Sabah digemparkan dengan sebuah lori bermuatan kayu bulat terbalik di jalan Sepulut, sehinggakan didapati puluhan lori mengangkut balak tersekat. Ekoran kejadian itu, Pengarah Hutan Sabah, terpaksa membuat kenyataan, bahawa kayu-kayu adalah milik syarikat-syarikat yang mempunyai konsisi membalak, selain milik Yayasan Sabah. Malah salah seorang pengurus syarikat konsisi membuat kenyataan, bahawa kayu-kayu yang ditebang itu berasal daripada kawasan konsisi mereka.
Sebaik Kerajaan Sabah bertukar, Datuk Shafie Apdal telah mengumumkan, bahawa eksport kayu bulat telah dihentikan, sebaliknya, kayu-kayu yang ditebang, hanya untuk indutsri tempatan. Memandangkan jumlah kayu bulat yang ditebang cukup banyak jumlahnya, sedangkan belum ada pengwujudan kilang-kilang memproses yang baharu, maka ada lah cukup diragui kemana kayu-kayu itu di hantar?
Melihat kepada kerapnya lori-lori balak di dapati di jalan-jalan Sabah sejak akhir-akhir ini, maka adalah tanggungjawab kerajaan Sabah hari ini, untuk memberi penjelasan, apa kah polisi pembalakan Sabah telah berubah? Jika telah berubah, maka mencapai 30% keluasan hutan kekal daripada land mass negeri, tidak akan tercapai pada tahun 2025.
Jika polisi pembalakan Sabah berubah, maka rakyat Sabah perlu diberi tahu, bahawa era Tan Sri Musa sebagai Ketua Menteri, merupakan era konservasi hutan Sabah yang amat berjaya, bukan era penebangan hutan seperti mana dakwaan para pemimpin kerajaan sekarang, semasa mereka sebagai pembangkang.
UNTUK maksud penyegaran maklumat, penulis suka mengulang semula bagaimana Tan Sri Musa Haji Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri.
Beliau dilantik menggantikan Tan Sri Chong Kah Kiat pada 27 Mac 2003 di era Perdana Menteri ke-4, Tun Dr Mahathir.
Musa adalah Ketua Menteri Sabah ke-14 akan tetapi individu ke-13.
Musa bukan sahaja memegang rekod Ketua Menteri terlama Sabah, malahan beliau diiktiraf sebagai Ketua Menteri yang paling cemerlang diukur pada kemajuan dan pembangunan, perkembangan ekonomi termasuk kewangan serta kejayaan pemerintahan beliau menurunkan kadar kemiskinan.
Musa telah mewarisi kewangan Sabah yang sangat sedikit semasa beliau dilantik, iaitu RM184juta, dan jumlah itu meningkat ke paras RM3.74bilion pada Disember 2017. Demikian juga kadar kemiskinan, beliau mewarisi kadar kemiskinan luar bandar yang tinggi. Menurut data statistik rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan bagi tempoh 2004-2012, penurunan kadar kemiskinan terakru Sabah mencapai 65% dengan perincian tahun 2004-23%, 2007-16%, 2009-19.7% dan 2012-8.1%. Dakwaan Shafie semasa Sambutan Tahun Baru Cina, di Keningau, kononnya Musa menerbitkan bon berjumlah RM1bilion, seolah-olah kepentingan peribadi, yang mana hakikatnya bon tersebut adalah untuk tujuan pembangunan infrastruktur Sabah. Kononnya Shafie, dapat mengumpul cukup wang dalam tempoh 20 bulan untuk membayar bon tersebut, adalah bercanggah dengan rekod kewangan negeri, kerana pada disember, 2017, kerajaan Sabah mempunyai simpanan kewangan berjumlah RM3.74bilion. Jika Shafie jujur, maka beliau perlu mengumumkan jumlah simpanan kewangan negeri semasa, jika simpanan kewangan masih kekal dengan jumlah RM3.74bilion, maka betul lah kerajaan pimpinan beliau berjaya mengumpul RM1bilion, jika tidak, maka wang yang digunakan membayar bon RM1bilion, berpunca daripada simpanan kewangan yang dikumpul kerajaan era Musa.
Juga dakwaan Shafie, bahawa masih ramai rakyat miskin Sabah, sebenarnya bercanggah dengan data statistik kerana, data statistik menunjukkan kadar kemiskinan Sabah menurun dengan drastik pada era kerajaan Musa. Data statistik adalah-mereka yang termasuk dalam kategori miskin tegar telah menurun dengan perincian; tahun 2004- berbaki 6.5%, 2007-3.7%, tahun 2009-4.8% dan tahun 2012-1.6%.
Penurunan kadar kemiskinan sebagai impak kepada rancaknya aktivti ekonomi negeri yang diterjemahkan menerusi bajet yang tinggi (Sabah bermula tahun 2012 telah membentangkan bajet lebih RM4bilion, merupakan rekod selepas merdeka pada tahun 1963).
Di era Musa, pendapatan negeri selain daripada bayaran royalti minyak, akan tetapi juga sumbangan sektor pelancongan, industri selain daripada pertanian, perikanan dan perkebunan.
Musa berjaya melakar sejarah sendiri, apabila mampu menukar keadaan perekonomian Sabah yang lembab, sebuah negeri yang hampir muflis, kepada negeri yang berdaya maju. Semua itu tercapai menerusi pengurusan yang trasparen, termasuk pengurusan kewangan yang cukup telus yang ditandai oleh sijil tanpa teguran daripada Ketua Audit Negara, malah pengurusan kewangan negeri mendapat penarafan triple AAA daripada penarafan antarabangsa Standard & Poor 7 tahun berturut-turut, bermula tahun 2010.
Selain itu legasi Musa untuk generasi akan datang, apabila beliau memberi keutamaan kepada penghijauan negeri dengan mentargetkan 30% land mass Sabah pada tahun 2025 diliputi hutan kekal. Ekoran target itu, pada tahun 2006, pemerintahan beliau telah menghentikan pembalakan berskala besar. Pembalakan hanya dibenarkan untuk input industri seperti perabot, perumahan dan kilang kertas. Kerana tindakan itu, maka keluasan hutan kekal Sabah bertambah hampir satu juta hektar pada tahun tahun 2017, daripada 838 ribu hektar pada tahun 2002.
TAHUN 2006, kerajaan Sabah telah menghentikan pembalakan berskala besar. Selain itu, sebarang pembalakan hutan simpan perlu mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kerajaan Bn yang diterajui Tan Sri Musa Aman bertindak demikian, kerana keluasan hutan simpan Sabah untuk generasi akan datang semakin berkurangan, kerana pada tahun 2002, keluasan hanya berbaki 838 ribu hektar (0.838juta hektar).
Bersamaan dengan itu juga, kerajaan negeri memperkenalkan geran komunal (iaitu geran yang diberikan kepada penduduk kampung, yang mana syaratnya, geran yang diberikan hanya boleh diwarisi keluarga terdekat,tidak boleh dijual kepada pihak lain). Asas kepada tindakan ini, adalah geran NT yang diberikan sebelum ini seluas 1juta ekar telah dijual kepada pihak lain. Untuk membendung, agar bumiputera yang diberi geran NT tidak menjual tanah, maka geran komunal diperkenalkan. (kini geran itu telah dimansuhkan oleh Kerajaan Warisan). Untuk rekod sehingga tahun 2017 72 geran komunal telah diluluskan berkeluasan 119,083.03 ekar meliputi 213 kampung melibatkan 10,462 orang pemilik tanah.
Sebenarnya semua geran komunal yang diberikan itu telahpun diusahakan yang melibatkan agensi kerajaan dan swasta dan sebahagian daripadanya telah membuahkan hasil.
Kini sebagai tambahan kepada geran komunal daripada tanah kerajaan yang diberikan geran individu, kerajaan Warisan akan mengazetkan 90 buah kampung yang berada dalam kawasan hutan simpan. Menerusi keputusan tersebut, maka pembalakan di kawasan itu perlu dijalankan untuk membuka ruang pengwujudan perkampungan tersebut. Nampak gayanya, HALATUJU Sabah untuk mengwujudkan 30% daripada land mass Sabah pada tahun 2025 tidak akan terwujud.
Pada Desimber, 2017 keluasan hutan kekal Sabah adalah 1.87juta hektar, bertambah kerana keputusan kerajaan pada era Musa betapa mustahaknya memulihara hutan untuk generasi akan datang.
Pembalakan ada lah kaedah mudah untuk mendapatkan wang. Syarikat-syarikat yang dibenarkan membalak akan mengautkan wang yang banyak tanpa modal. Pada gilirannya syarikat-syarikat ini “terhutang budi” pada yang memberi. Tidak lama lagi, gaya hidup yang memberi akan berubah bagaikan langit dan bumi.
Menerusi tindakan kerajaan Warisan menghalalkan pembalakan secara tidak langsung, telah menelan ludah mereka sendiri kerana sebelum ini menuduh kerajaan BN era Musa kononnya pembalakan berleluasa, sedangkan fakta sebenarnya tidak demikian.
Rakyat perlu menjadi saksi, tindakan kerajaan Warisan membuka perkampungan di kawasan hutan simpan, adalah semata-mata untuk mengabui mata rakyat untuk membuka kawasan pembalakan baharu. Shafie perlu menghentikan mmengelontang rakyat, umpama melepas ayam, tangan bergelomang dengan bahu tahi.