Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KERAJAAN PERSEKUTUAN BERWAJAH BARU DIPERLUKAN

$
0
0
KEUTAMAAN bagi sesebuah kerajaan adalah keyakinan, keyakinan terhadap pentadbiran, juga keyakinan negara lain, keyakinan dalam menatakelola perekonomian, juga keyakinan pelabur. 

Keyakinan ini wujud, apabila kumpulan majoriti merupakan tunggak kerajaan; kerana menerusinya bukan sahaja kestabilan wujud akan tetapi nampak kestabilan wujud. 

Pun demikian, Kerajaan Persekutuan berwajah baru perlukan jumlah atau numbers anggota parlimen. Dalam senario selepas PRU-14, jelas, parti yang mewakili kaum majoriti dengan jumlah kerusi yang signifikan adalah Umno (39) dan Pas (18). Tiada lagi parti yang mempunyai kerusi yang mewakili kaum majoriti selain dua parti tersebut. 

Jika mengambil kira, PPBM, kini mempunyai 26 kerusi (tambahan 13 kerusi daripada MP Umno yang bertukar parti), maka 3 parti itu, mencerminkan jumlah kerusi yang mewakili kaum majoriti di negara ini. Sebelum PRU-14, semasa Umno menjadi tunjang kerajaan, jumlah kerusi parlimen parti itu berlegar-legar pada angka 88. Dengan mengambil kira kerusi Umno, Pas dan PPBM yang ada pada masa ini, yang berjumlah 83, bermakna hampir bersamaan dengan kedudukan masa lalu. 

Jika Umno, Pas dan PPBM menajdi “satu”, bermakna hanya memerlukan 29 kerusi parlimen untuk mencapai majoriti mudah-112, daripada 222. Jumlah itu boleh dicukupi oleh MP Sarawak-19, MCA-2, MIC-1, serta MP daripada Warisan-9, PBS-1, PBRS-1 dan Star-1. Jumlah akan terus bertambah apabila kumpulan Dato Seri Azmin Ali ikut sama. 

Kerajaan Persekutuan berwajah baru sangat mendesak untuk dibentuk dan diwujudkan, memandangkan senario yang melanda negara lebih 20 bulan, bukan sahaja persekitaran ekonomi yang merudum, akan tetapi gejala hubungan kaum yang sangat meruncing. 

Kerajaan yang mendapat sokongan majoriti kaum, bukannya berasaskan kerusi yang dimenangi semasa pilihanraya, sangat diperlukan di negara ini pada masa ini, untuk menyelamatkan negara, daripada kemusnahan. 

Para pemimpin perlu melupakan ego masing-masing, keutamaan menyelamatkan negara khususnya sangat parlu, kerana jika tidak dilaksanakan, lebih banyak membawa kepada kemudaratan dalam jangka panjang. 

Kerosakan ekonomi tidak mudah dipulihkan, perlu masa yang panjang, demikian juga hubungan antara masyarakat perlu masa yang panjang untuk dipulihkan. Sebelum malapetaka lebih buruk melanda, maka KERAJAAN PERSEKUTUAN BERWAJAH BARU perlu segera diwujudkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808