Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

BESS- JENAMA BARU MINYAK MASAK KELUARAN SYARIKAT SABAH

$
0
0
ANAK syarikat Yayasan Sabah- Benta Wawasan menerusi anak syarikatnya Benta Edible Oil Sdn Bhd yang berlokasi di Tawau, berjaya mengeluarkan minyak masak jenama sendiri BESS-Benta-Enak-Sedap-Sihat.

Kilang yang berkos RM3.5juta milik anak syarikat Yayasan Sabah itu dengan kapasiti penuh dapat mengeluarkan 2,000 tan (2 juta kg) sebulan.

Berasaskan harga jualan RM5/Kg, maka "turnover" kilang itu sebulan adalah RM10juta atau RM120 juta setahun.

Kalau lah purata penggunaan setiap rakyat Sabah 250 gram sehari, maka keluaran syarikat itu boleh memenuhi keperluan minyak masak untuk seleuruh penduduk Sabah.

Hanya satu isu sahaja yang menyelubungi jenama baharu tersebut, iaitu daripada segi harga, kerana rakyat Sabah masih menikmati harga minyak subsidi berharga RM2.5 sekilogram, dengan had pembelian 2kg setiap seorang setiap pembelian.

Selain itu, jenama baharu tersebut perlu bersaing dengan jenama lain yang sudah di pasaran. Persaingan barangan pengguna seperti ini, selain berkaitan harga juga kebiasaan, kerana ramai pengguna, setia kepada jenama tertentu.

Nampaknya, apabila sesebuah kerajaan mempunyai pandangan jauh, maka dalam jangka panjang memberi manfaat kepada rakyat dan negeri, kerana tanpa pengwujudan Benta Wawasan Sdn Bhd oleh Yayasan Sabah pada era Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri, tidak lah wujud syarikat yang berkecimpung dalam peladangan kelapa sawit, dan kemudiannya syarikat itu menubuhkan anak syarikat sendiri untuk memproses keluaran kelapa sawit sendiri dan ladang-ladang sekitar.

Memang betul, sejak sekian lama, Sabah menghantar CPO ke kawasan lain untuk diproses, kerana pertimbangan "comparative advantage", yakni pertimbangan untung-rugi.

Ada lah tidak pasti apa kah kelangsungan kilang pengeluar BESS ini di masa akan datang, jika keluaran dapat ditampung sepenuhnya oleh penduduk Sabah, maka tiada masalah daripada segi pemasaran, namun jika keluaran tidak dapat ditampung oleh penduduk kerana isu harga, maka akan mengalami masalah pemasaran.

Sebenarnya dalam ilmu pemasaran, masalah utama sesebuah jenama baharu adalah "isu positioning" jenama tersebut di pasaran, selain isu distribusi dan harga.

Di Sabah pada era kerajaan lalu, pengeluaran minyak masak, sebenar "on the pipe line", apabila kerajaan era itu mengutamakan terlebih dahulu jaminan pengeluran, ertinya tidak bergantung kepada keluaran syarikat swasta; sebab itu menerusi pengeluran Geran Komunal, salah satu keutamaan pembangunan tanah-tanah tersebut adalah menerusi penanaman kelapa sawit.

Mengeluarkan produk makanan seumpama BESS, jika sesebuah syarikat berkehendakan keluaran optimal dan sudah tentu keuntungan maksimum, maka jaminan input tidak boleh dipandang rendah.

Kini, di Sabah kerana perubahan kerajaan, Geran Komunal telah dimansuhkan, sebaliknya diganti dengan geran individu, maka kerajaan tiada lagi kekuatan untuk memaksa pemilik tanah baharu tersebut menanam kelapa sawit, sebaliknya bergantung kepada pemilik baru, mengenai tanaman yang dipilih.

Penulis melihat, jika suatu masa hari nanti, kilang pengeluar BESS kekurangan input, maka terpaksa membeli CPO daripada ladang-ladang swasta, jika ini berlaku, maka kos keluaran akan meningkat, apabila kos meningkat, maka harga jual juga perlu dinaikkan, dan pada gilirannya, bergantung kepada pengguna, mahu beli kah tidak?.

Era Kerajaan Berjaya, banyak juga syarikat-syarikat diwujudkan, akan tetapi kajian yang tidak mendalam daripada segi kos komparatif dan kos advantage, maka banyak yang tidak sustain.. 

Istilah  industri hiliran memang sedap didengar, namun tanpa kajian SWOT yang jitu, keterusannya bakal hilang ditelan zaman.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808