Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SHAFIE PILIH MEMFITNAH BERBANDING BERCAKAP BENAR

$
0
0
DALAM dunia politik, jika musuh mempunyai senjata yang boleh memusnahkan lawan, bukan sahaja 100% malah 1000% digunakan untuk memusnahkan lawan hingga hilang tanpa nisan.

Namun, jika orang politik hanya bercakap berbagai dakwaan terhadap lawan, itu namanya cerita politik, atau cerita karut, kerana memangpun tiada bukti atau fakta.

Datuk Shafie Apdal bertindak berbuat berbagai dakwaan terhadap kerajaan lalu, walaupun tidak menyebut nama. Mengapa tidak berani menyebut nama, kerana takut disaman, walaupun beliau berdegar-dengar mencabar untuk disaman, kerana kononnya jika beliau disaman, maka memberi peluang kepada beliau membawa fail yang disimpan di pejabat Ketua Menteri ke Mahkamah.

Sebenarnya, Shafie tidak sedar, bahawa yang bertepuk semasa beliau berucap semasa Sambutan Tahun Baru Cina-Tanjung Aru, hanya penyokong beliau, sedangkan rakyat majoriti telah muak dengan tindak tanduk beliau selama 20 bulan yang hanya berisfat retorik, bercakap besar, tetapi tiada hasil di lapangan.

Sebagai bukti kukuh, bagaimana rakyat menilai Shafie, apabila PRK Kimanis, calon Parti Warisan ditolak rakyat, malah untuk DUN Bongawan yang dimenangi parti itu pada PRU-14, termasuk menolak Shafie dan parti beliau.

Shafie hanya mampu mempengaruhi penyokong tegar beliau berkaitan pembohonan pemberian kontrak bagi Projek Pan Borneo, tanah kerajaan kononnya dimiliki pihak-pihak tertentu (jika ada bukti-sudah lama isu ini berlegar-legar di mana-mana, khususnya media sosial, namun kerana ianya tidak wujud, maka tiada lah isu sebenarnya).

Projek Pan Borneo adalah projek Persekutuan, ertinya mana-mana syarikat yang dilantik sebagai pelaksana ditentukan oleh Kerajaan Persekutuan. Peranan negeri sebagai benefisiari, hanya meminta, agar syarikat-syarikat pelaksana adalah syarikat-syarikat tempatan, sebagai usaha syarikat tempatan mendapat pengalaman untuk mengendalikan projek-projek besar.

Dakwaan Shafie, Ketua Menteri mempunyai kuasa melulus, sebenarnya hanya khyalan beliau sendiri, kerana beliau sebagai Ketua Menteripun sekarang tiada kuasa melulus projek Persekutuan. Mungkin Shafie lupa, semasa beliau menjadi menteri KKLW, projek berbilion untuk Sabah 100% diluluskan oleh beliau sendiri mewakili Kerajaan Persekutuan.

Mengapa ucapan Shafie di depan penyokongnya semasa sambutan Tahun Baru Cina di Tanjung Aru, menyalahkan kerajaan lalu? sebabnya beliau mahu menutupi kelemahan beliau sendiri, kerana sejak mengambil alih jawatan Ketua Menteri, ekonomi Sabah terus merudum, para peniaga mengeluh, kerana kurangnya aktiviti perniagaan. Shafie selama 20 bulan, hanya tahu bercakap, tetapi tiada kesan, malah sehingga kini, kerajaan beliau TIDAK MAMPU MENGELUARKAN halatuju pembangunan & kemajuan Sabah untuk 5 atau 10 tahun akan datang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808