Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PEMILIHAN PPBM- HAJIJI SOKONG: PENGERUSI, PRESIDEN, TIMBALAN KEKAL

$
0
0
PPBM Sabah menerusi Pengerusinya- Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman, menyokong cadangan agar Pengerusi, Presiden dan Timbalan Presiden dikekalkan atau tidak dicabar pada pemilihan parti Jun depan.

Hajiji sekata dengan Majlis pimpinan PPBM Terengganu yang mencadangkan agar tiga jawatan itu tidak dicabar.

Pengerusi PPBM, tidak lain tidak bukan adalah Tun Dr Mahathir, manakala Presiden adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, sementara Timbalan Presiden adalah Menteri Besar Kedah-Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Ketiga-tiga pemimpin tersebut telah menang tanpa bertanding pada bahagian masing-masing, seperti juga Hajiji menang tanpa tanding bagi Bahagian Tuaran, Sabah.

PPBM selaku parti baru, masih memerlukan kepimpinan tiga pengasas parti tersebut, untuk memastikan parti berada pada landasan betul, dan menjadi pilihan pribumi.

Pemilihan PPBM peringkat cawangan bermula 15 Feb hingga 28 Mac ini, bahagian mulai 18 April dan Perhimpunan Agung pada 25 hingga 28 Jun nanti.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808