Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

EVOLUSI POLITIK SABAH- PEMIMPIN POLITIK KENA SESUAIKAN DIRI

$
0
0
Di Sabah, sejarah pertukaran kerajaan terus berulang, walaupun mandek selama 24 tahun (1994-2018). Dalam sengkang masa ini juga tamatnya jinx bertukarnya kerajaan setiap 2 penggal. Dalam period ini juga berlakunya, jawatan Ketua Menteri Sabah tanpa bertukar selama 15 tahun, menyongsang kebiasaan sebaik sahaja merdeka, bahawa jawatan Ketua Menteri bertukar setiap 9 tahun, kecuali semasa pergiliran Ketua Menteri tahun 1994-2003, setiap 2 tahun berganti tetapi dalam lingkaran parti yang memerintah.

Melihat senario politik Sabah, nampaknya evolusi politik sudah berubah. Kerana evolusi politik berubah, maka para pemimpin politik kerana menyesuaikan diri, bukan sebaliknya, jika mereka ingin kekal relevan dalam arena politik Sabah.

Suka atau tidak, geo-politik Sabah telah mengalami evolusi, kini nampak jelas pemisahan politik Sabah berasaskan suku, dan sangat ketara, politik suku pantai timur berbeza dengan politik suku pantai barat. Nampak jelas, politik suku pantai barat dibarengi suku pedalaman. Kombinasi sukuan ini lah yang bakal mencatur politik Sabah di masa depan, khususnya pada PRU-15.

PRU-15, akan berulang trend semasa PRN tahun 1985, apabila parti Berjaya menang. Trend tersebut perlu diadaptsi oleh para pemimpin politik, sebagai metodologi mendapat sokongan untuk menang kerusi pada PRU-15, dan seterusnya menubuhkan kerajaan negeri.

Kalau lah melihat sejarah politik tanah air, khususnya sejarah politik Bn, ianya boleh menjadi panduan bagaimana berevolusinya politik tanah air. 

Bn tertubuh pada tahun 1974 bersama-sama 9 parti politik termasuk Pas, ekoran peristiwa 13 Mei, walaupun kemudiannya, Pas ditendang selepas itu, dan parti itu terus bertapak di Kelantan sehingga kini.

Pada Mei 2018, Barisan Nasional tewas untuk pertama kalinya dalam sejarah politik Malaysia. Barisan Nasional ditinggalkan oleh rakan parti komponennya. Lumrah politik begitulah. Tiada kawan setia selamanya dan tiada musuh selamanya juga. Hanya UMNO, MCA dan MIC terus bersetia dengan BN.

Apa yang dialami oleh Parti Perikatan pada 1969 sekali lagi menghantui Bn. Bezanya Perikatan masih membentuk Kerajaan. Bn pada 2018 pula menjadi pembangkang. Dan DAP menjadi pemenang terbesar pada 2018, sama seperti 1969.

Setelah tewasnya Bn, ramai yang merasakan ia sudah tidak lagi relevan. Anggapan sedemikian sangat simplistik. Mungkin ramai yang lupa, Bn tidak tewas di Sarawak. Parti komponennya yang meninggalkan ia setelah menang. Bn juga menang di Sabah, tetapi pemimpin Bn yang terpilih meninggalkan Bn.

Setelah hampir dua tahun Bn telah berjaya menyesuaikan dirinya sebagai pembangkang. Dan dalam beberapa pilihanraya kecil, Bn telah menang dan menunjukkan lonjakan sokongan. Namun itu tidak pula bermakna jenama Bn itu telah pulih dan rakyat telah kembali menyokongnya seperti dahulu. Kemenangan Bn disumbangkan oleh beberapa faktor.

Pertama ialah kekecewaan rakyat terhadap Pakatan Harapan. Kedua ialah kerana kerjasama strategik Bn dan PAS. Ketiga ialah kerana rakyat telah mula boleh membandingkan keupayaan Bn mengurus negara dibandingkan dengan PH. Dan terakhir, kerana kemampuan Bn yang terus sederhana, menonjolkan calon yang baik dan strategi kempen yang berkesan.

Apa makna semua ini kepada Bn? Setelah dua tahun, ternyata Bn tidak hilang fokus. Bn terus teguh sebagai parti dengan peranan berbeza. Ia terus dengan jenama sederhana dan inklusifnya. Ia tidak kehilangan semua pengaruh dan ‘goodwill’. Malah ia masih dikenang sebagai formula politik yang lebih baik, berjaya dan membuahkan hasil jika dibandingkan dengan PH.

Melihat kepada beberapa keputusan PRK, walaupun bukanlah penanda aras yang mutlak atau muktamad, akan tetapi ramai rakyat negara ini masih melihat bahawa Bn adalah jenama yang sinonim dengan Malaysia dan segala kejayaannya. Benar ada pelbagai kekurangan, tetapi ia tidak dapat mengatasi jasa, sumbangan dan kejayaan Bn menciptakan Malaysia yang moden.

Lihat sahaja dalam pilihanraya Kimanis lepas. Bn berjaya menepis segala tomahan terhadapnya. Rakyat sesungguhnya rasional. Mereka boleh merasakan pengalaman hidup di bawah Bn jauh berbeza dibawah Kerajaan PH dan Warisan. Dan mereka memilih Bn walaupun ia pembangkang.

Apa yang dialami oleh Bn sekarang, adalah apa yang telah dilalui oleh pelbagai parti besar dunia. LDP, Kongres India, Labour, Conservative, Golkar dan pelbagai lagi. Semuanya melalui pengalaman yang tidak linear. Politik sememangnya tidak akan linear. Bn memerlukan paradigma baru sesuai pengalaman barunya sebagai pembangkang.

Melihat cepatnya Bn beradapatsi, maka syogianya para pemimpin Sabah juga cepat menyesuaikan diri, jangan terpaku dengan kaedah lama. Fikir-Fikirkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808