AKHIRNYA kerajaan Warisan Sabah pimpinan Datuk Shafie Apdal mengalah, apabila kabinet Sabah pada hari ini sebulat suara membatalkan pelaksanaan pengeluran Pas Sementara Sabah (PSS) kepada 600 ribu PATI Sabah.
Menerusi keputusan tersebut, besar kemungkinan kerajaan Warisan akan meneruskan tindakan kerajaan sebelum ini, MEMBURU, MENANGKAP DAN MENGHANTAR pulang PATI ke negara asal.
Di mata rakyat Sabah, apapun keputusan kerajaan pimpinan Warisan, apa yang jelas NIAT sudah ada untuk menghalalkan PATI, namun kerana bantahan rakyat termasuk kekalahan calon Warisan pada PRK Kimanis, menyebabkan mereka undur ke belakang. Bagi rakyat Sabah secara umumnya, undur ke belakang hanya bersifat sementara waktu, dan di masa akan datang, jika ada peluang termasuk memberi mandat kepada parti itu pada PRU-15, besar kemungkinan cadangan itu bakal dilaksanakan.
Rakyat Sabah jangan tertipu menerusi muslihat kerajaan Sabah yang ada sekarang, kerana jika terperangkap, rakyat asal Sabah bakal berputih mata.
Rakyat Sabah untuk sementara patut bersyukur kerana adanya PRK Kimanis, untuk menunjukkan bantahan awal berkaitan pelaksanaan PSS. Jika tiadanya PRK Kimanis, pada Jun, 2020, pengeluaran PSS bakal bermula.
Rakyat Sabah secara umumnya patut berterima kasih kepada pengundi Kimanis bagi mewakili rakyat Sabah secara umumnya.
Benar lah apa yang dikatakan oleh Pengerusi Bersatu Sabah- Datuk Hajiji Haji Noor yang ada ADUN Sulaman semasa sidang DUN Sabah akhir tahun lalu, bahawa cadangan pengeluaran PSS akan membawa masalah besar kepada kerajaan.