Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PSS-MESKIPUN DIBATAL-HATI RAKYAT ASAL SABAH TELAH TERLUKA

$
0
0
Gambar kredit pada Daily Express Sabah
APAPUN keputusan Kerajaan Warisan Sabah berkaitan PSS, hati rakyat Sabah telah terluka, ibarat bagaimanapun luka sembuh, tetap sahaja berparut.

Dalam dunia politik, keputusan undur ke belakang sesebuah kerajaan, tidak akan berumur panjang, jika kerajaan itu mendapat mandat kuat daripada rakyat menerusi pilihanraya.

Apa yang pasti, niat Kerajaan Warisan Sabah sudah ada untuk menghalalkan PATI. Niat itu akan kembali dilaksanakankan di masa akan datang.

Untuk memastikan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) berlabuh 'once for all" adalah menerusi "voted out" parti itu pada PRU-15 akan datang.

Rakyat Sabah perlu menilai cara pemerintahan Sabah yang diterajui Warisan, bukan sahaja isu menghalalkan PATI, akan tetapi kerajaan pimpinan Shafie itu hanya berkiblat pada penduduk asal Semporna.

Sudah lah Shafie mencatit sejarah, Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri daripada Parlimen yang sama, bersuku sama.

Di pihak lain, pentadbiran negeri juga kebanyakkan diketuai penduduk asal Semporna, seolah, suku lain daripada 36 suku Sabah tiada yang berkelayakan.

Shafie benar-benar menggunapakai, misi SABAH KITA PUNYA, dan menterjemahkannya sebagai sempornanisasi.

PRK Kimanis, rakyat menunjukkan jalan keluar awal kepada Kerajaan Pimpinan Shafie, kerana latar belakang Sabah memang demikian. Pada tahun 1984, PRK Tambunan telah menunjukkan jalan keluar kepada Parti Berjaya, demikian juga PRK Usukan tahun 1991, telah menunjuk jalan keluar kepada Parti PBS.

Menerusi PRK Kimanis, indikator jelas, bahawa Kerajaan Warisan adalah kerajaan sepenggal, sebagai manifestasi rakyat kepada kerajaan yang dibentuk menerusi pintu belakang.

Sebagai catitan pada PRU-14, Parti Warisan tidak menang pilihanraya, dengan kata lain tidak mendapat mandat rakyat untuk memperintah. Kerajaan Warisan terbentuk kerana khianat parti UPKO dan 4 ADUN Umno.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808