PARTI UPKO bagaikan binatang sesumpah, sentiasa bertukar kulit untuk kepentingan sendiri.
Kerana kekalahan calon Warisan di PRK Kimanis, maka Presiden UPKO mencadangkan agar pemberian PSS kepada PATI Sabah dibatalkan, sebaliknya menghantar balik ke negara asal.
Semasa PRK Kimanis sedang rancak-rancak, Madiius Tangau menyokong penuh pemberian PSS kepada PATI, malah kertas kabinet disediakan untuk perbincangan dan perhalusan berkaitan pengeluaran kad bagi PATI Sabah.
UPKO adalah parti yang khianat kepada BN selepas PRU-14, kerana keluar daripada gabungan tersebut kurang 48 jam selepas pembentukan Kerajaan Sabah yang diketuai Tan Sri Musa Aman untuk menyokong Datuk Shafie Apdal, dan kerana perbuatan UPKO tersebut, maka telah menimbulkan krisis perlembagaan, yang mana kes tersebut masih di Mahkamah Persekutuan.
UPKO cuba mendapatkan semula sokongan KDM, selepas pengundi KDM Kimanis menolak calon Warisan, sebaliknya menyokong calon BN yang disokong PBS, STAR parti-parti yang dipimpin KDM.
UPKO seperti juga Warisan, kerana isu pemerintahan ke dua-dua parti tersebut yang dinilai oleh rakyat semata-mata untuk kepentingan peribadi dan kroni seperti mana mereka perlihatkan selama 20 bulan memerintah, termasuk lah tindakan Madius menerima bantuan Musim Tengkujuh bagi penoreh getah.
Melihat keputusan PRK Kimanis, adalah satu indikator, bahawa kerajaan Warisan yang disokong UPKO adalah kerajaan sepenggal.