PRK Kimanis, telah mengesahkan bahawa pengaruh pengundi atas pagar sangat signifikan pada keputusan pilihan raya.
Penulis sebelum PRU-14, telah beberapa kali menggambarkan, bahawa pengundi atas pagar atau penulis istilahkan sebagai "the third force" akan mempunyai impak yang signifikan pada PRU-14 tersebut.
Mengapa pengundi atas pagar boleh menjadi penentu kepada sesebuah pilihanraya? sebabnya adalah mereka sangat bergantung kepada isu-isu semasa, termasuklah manifesto sesebuah parti politik.
Pada PRU-14, pengundi atas pagar termakan dengan isu GST, isu 1MDB dan isu-isu yang menyelubungi para pemimpin kerajaan masa itu.
Pengundi atas pagar tidak melihat kepada pencapaian kerajaan dari segi pembangunan dan kemajuan, melainkan keputusan mereka adalah berkaitan keuntungan peribadi, seperti pemansuhan PTPTN, penurunan harga minyak, penurunan sara hidup kerana akibat harga barang yang murah, penciptaan peluang-peluang pekerjaan.
Pengundi atas pagar sentiasa memikirkan yang terbaik untuk mereka, tidak memikirkan apa kah janji-janji yang ditabur hanya janji-janji bulan dan bintang.
Akibat tindakan pengundi atas pagar, maka pada PRU-14, didapati ada kawasan di peringkat DUN, semua calon-calon Bn menang, manakala di peringkat parlimen kalah.
Melihat kepada keputusan PRK Kimanis, nampaknya kuasa ke-3 mengesahkan, bahawa mana-mana calon atau parti yang mereka sokong akan menang.
Selepas PRU-14, lima PRK, membuktikan sokongan the third force telah menyebabkan calon kerajaan kalah.
Pada PRU-15, kuasa The Third Force akan menentukan kerajaan akan datang. Isu yang terus menghantui mereka adalah isu menghalalkan PATI.
Tindakan ganas "rakyat" yang berasal daripada kumpulan ini di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) pada petang 19 Januari lalu, akan terus melekat pada fikiran kumpulan the third force.
Pada PRU-15, pihak mana yang dapat mempengaruhi suara the third force akan menentukan Kerajaan Sabah. Apa yang jelas, di Sabah kini, kumpulan kuasa ke-3 ini sudah menolak Kerajaan yang diterajui Warisan Sabah.