Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK KIMANIS-KALAU BUKAN PENGUNDI BERSATU-KARIM BUJANG HILANG DEPOSIT

$
0
0
Baju Putih-Karim Bujang-Calon Warisan yang kalah
KALAU lah bukan pengundi PARTI BERSATU (PPBM) kemungkinan besar calon Parti Warsian Sabah semasa PRK Kimanis-Datuk Karim Bujang hilang wang pertaruhan (deposit).

Kalau bukan kerana para pemimpin PPBM dan jenteranya siang malam berkempen, PRK Kimanis, maka Kimanis kembar kepada PRK Tg Piai.

Walaupun penulis menggambarkan bahawa PRK Kimanis kembar PRK Tg Piai, tetapi senario antara dua PRK sangat berbeza.

Pada PRK Tg Piai, Muafakat Nasional dan penolakan terhadap PH khususnya DAP menjadi punca kekalahan teruk calon PH daripada Bersatu.

Manakala di PRK Kimanis penolakan terhadap Warisan dan UPKO adalah punca kekalahan calon Warisan.

Kekalahan calon Warisan, sudah terserlah sejak penamaan calon lagi, apabila semasa perarakan mengiringi calon, para penyokong Warisan yang menyertai menunjukkan budaya kasar, angkuh, bukan budaya rakyat asal Sabah.

Selain itu, kemenangan besar calon Bn, kerana impak kepada pengundi atas pagar, yang mana jumlahnya tidak dapat diimbangi oleh penyokong tegar PPBM.

Sebenarnya, selepas sahaja PRK Sandakan, rakyat Sabah secara umumnya telah membuat penilaian semula terhadap Kerajaan Warisan pimpinan Datuk Shafie Apdal. Mereka yang tidak berparti semasa PRU-14 telah menyokong calon-calon Warisan, merasa tertipu dengan janji-janji manis parti tersebut, sebab itu sebahagian daripada mereka yang menjadi pengundi Kimanis menunjukkan manifestasi tersebut dengan mengundi calon Bn.

Kini, selepas kejadian kekacauan penyokong Shafie daripada kumpulan asal PATI, rakyat Sabah secara umumnya membuat keputusan, kerajaan Warisan tidak wajar diteruskan untuk memerintah Sabah.

Melihat kepada kecenderungan pengundi di Kimanis, sudah tiba masanya, PPBM/Bersatu perlu menilai semula afiliasi dengan parti yang berlambangkan perahu layar tersebut, jika tidak ingin terpalit kebencian rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808