Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

SERANG PAPAGOMO- BUDAYA SELATAN FILIPINA MEREBAK DI SABAH

$
0
0
Di Filipina, jika TIDAK berlaku kematian semasa pilihanraya, seolah-olah TIDAK sah pilihanraya itu.

Budaya tersebut merebak ke Sabah, meskipun belum melibatkan kematian.

Serangan terhadap PAPAGOMO atau Wan Muhammad Azri Wan Deris di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), kononnya ekoran tindakan Exco Pemuda Umno tersebut mengoyakkan poster yang ada gambar Datuk Shafie Apdal sempena bantahan TOLAK PSS dalam tempoh kempen PRK Kimanis telah menyebabkan kemarahan para penyokong Shafie.

Di negara ini, menconteng, membakar, menginjak gambar-gambar lawan politik, bukan sahaja berlaku pada Shafie, akan tetapi juga kepada Tun Dr Mahathir, DS Najib Razak, Tan Sri Musa Aman, malah melibatkan pemimpin lain seperti Lim Kit Siang dan anak beliau Lim Guan Eng, namun para penyokong mereka, tidak bertindak ganas, kerana mereka tahu ianya salah satu asam garam dunia politik.

Tindakan sekumpulan individu yang diketuai "sultan Sulu" Datuk Akjan Mohd Ali di lapangan terbang Kota Kinabalu, bukan sahaja memberi imej buruk kepada Sabah tetapi budaya samseng yang bukan budaya rakyat asal Sabah seolah-olah subur di era pemerintahan Shafie.

Bayangkan, jika 600 ribu dariada kumpulan itu dibenarkan untuk terus kekal tinggal di Sabah- Sabah bakal menjadi SELATAN FILIPINA ke-2, yang terus bergolak.

Rakyat asal Sabah perlu bersatu hati menolak budaya samseng ini, dan meneruskan momentum menolak menghalalkan PATI Sabah menerusi pemberian PSS untuk membolehkan kekal tinggal di Sabah dalam tempoh masa yang panjang.

Rakyat asal Sabah khususnya mereka yang mengundi Parti Warisan Sabah pada PRU-14 lalu, perlu melihat kembali tindakan mereka itu, kerana jika berterusan, bumi Sabah tidak akan selamat lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808