BAGI pengundi Kimanis isu tawaran pembangunan dan kemajuan oleh pihak kerajaan bukan lah faktor utama penarik bagi mereka pada 18 Januari ini, kerana mereka sedar isu pembangunan & kemajuan adalah sesuatu yang berterusan dan ianya merupakan tanggungjawab kerajaan.
Pengundi Kimanis sedar, bahawa keputusan mereka sangat berimpak besar bagi masa depan Sabah, walaupun tidak dapat menghalang atau membendung rancangan Kerajaan Warisan yang mahu memaksa pelaksanaan pemberian Pas Sementara Sabah, akan tetapi pengundi Kimanis menghantar mesej yang jelas bagi mewakili rakyat Sabah secara umum kepada Kerajaan pimpinan Datuk Shafie Apdal.
Hakikatnya rakyat Sabah mahukan Pengundi Kimanis mewakili mereka untuk memberitahu Kerajaan Warisan betapa bimbangnya rakyat Sabah secara umumnya berkaitan menghalalkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Tindakan Kerajaan Warisan untuk melaksanakan PSS merupakan tindakan khianat kepada rakyat, kerana menerusi tindakan itu, PATI mendapat layanan yang sama dengan rakyat.
Selain itu, faktor utama yang membimbangkan rakyat, bahawa mereka yang diberikan dokumen tersebut, 10 tahun akan datang bakal menjadi sebahagian daripada rakyat Sabah, malah akan mempunyai status yang sama dengan rakyat negeri ini.
Memang pada awalnya, PSS bertempoh masa 3 tahun, dan boleh diperbaharui setiap 3 tahun. Apabila nanti sudah cukup 10 tahun, maka mereka ini boleh memohon kerakyataan, dan apabila itu berlaku, maka mereka boleh menjadi pengundi, dan seterusnya berstatus sama dengan rakyat Sabah yang asli.
600-900 ribu bukan sedikit jumlahnya, ianya boleh menyebabkan perubahan demografi Sabah, malah kawasan persempadan pilihanraya yang menjadi tumpuan mereka, bakal diwakili oleh keturunan atau generasi mereka, kerana orang asal tidak akan mampu bersaing daripada segi jumlah, kerana faktor kadar kelahiran di kalangan mereka ini cukup tinggi berbanding rakyat asal.
Untuk kepentingan rakyat Sabah, adalah diharapkan sangat, pengundi Kimanis perlu akur dan memahami aspirasi rakyat Sabah untuk menolak calon Parti Warisan Sabah.