Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK KIMANIS- JANGAN TERPENGARUH JANJI-JANJI MANIS

$
0
0
PARTI WARISAN sangat terdesak untuk memang PRK Kimanis, sehinggakan menggunakan menabur berbagai janji manis, malah menggunakan kaedah "bom" istilah yang biasa digunakan di Sabah pada pilihanraya yang merujuk kepada pembelian undi untuk mendapatkan sokongan.

Pengundi tahu, duit yang diberi itu, adalah duit kerajaan atau duit rakyat, dan duit yang diberi semata-mata untuk mendapatkan sokongan.

Parti Warisan terpaksa menggunakan bom, kerana sukar menepis isu yang di bawah parti lawan, iaitu BN, kerana semua isu-isu yang di bawah semasa PRK ini, bukan sahaja dekat dengan hati pengundi Kimanis khususnya, akan tetapi rakyat Sabah secara amnya.

ISU Pas Sementara Sabah (PSS) yang bakal diberikan kepada PATI merupakan "bom jangka" bagi ledakan penduduk Sabah di masa akan datang. PSS bakal mengubah demografi Sabah. Apa pun alasan yang diberikan Kerajaan Warisan, PSS yang bakal diberikan memberi impak kepada kependudukan Sabah.

Pengundi Kimanis adalah diharapkan menjadi jurucakap kepada rakyat Sabah, untuk menterjermahkan ketidak puas hatian terhadap Kerajaan Warisan, kerana selama 20 bulan memerintah apa yang berlaku adalah penguasaan Semporna di seluruh jajaran pentadbiran dan pemerintahan, sehinggakan kerajaan sekarang merupakan kerajaan SEMPORNANISASI.

Sabah tiada HALATUJU yang jelas khususnya dalam pembangunan dan kemajuan. Jika Shafie mempunyai idea untuk membangunan dan memajukan Sabah, sudah tentu dapat mengemukakan sebuah halatuju untuk Sabah. 

Pada Tahun 2003, sebaik sahaja Tan Sri Musa Aman dilantik ke jawatan Ketua Menteri, beliau mengemuka HALATTUJU pembangunan & Kemajuan Sabah sehingga tahun 2025. Dan terbukti impak kepada HALATUJU itu, Sabah membangun dan maju dengan pesatnya. Namun, kepesatan kemajuan dan pembangunan itu menjadi cacat, kerana pertukaran kerajaan, dan mereka yang mengambil alih, bagaikan kera mendapat bunga.

Sehingga kini, Kerajaan yang diterajui Shafie masih teraba-raba. Para pemimpin Warisan hanya KAYA dengan hujah-hujah yang berdegar-degar, akan tetapi hanya seperti tin kosong, bunyi sahaja yang nyaring, tetapi tidak berisi.

Pengundi Kimanis, perlu dapat melihat, dan perlu memberi pertimbangan yang wajar semasa membuang undi pada 18 Januari, bahawa kemajuan dan pembangunan mereka, tidak akan dapat diterjermahkan menerusi hujah-hujah yang berdegar-dengar, kerana pembangunan dan kemajuan itu sendiri perlu perancangan, perlu disokong dengan halatuju yang jitu, perlu disokong dengan aktiviti ekonomi yang melibatkan rakyat.

Pengundi Kimanis perlu mengambil iktibar, bagaimana dana KKLW tahun 2009-2015 yang berjumlah berbilion ringgit untuk digunakan bagi kemajuan kawasan luar bandar Sabah, namun, dana itu tiada kesan di lapangan, termasuk lah bagi kawasan Kimanis.

Shafie tiada pengalaman sebagai pencari dana untuk digunakan untuk membangun, akan tetapi hanya tahu menggunakan dana yang telah disediakan.

Sebagai bukti bahawa Shafie tidak mampu mendapatkan wang untuk negeri, apabila pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun 2018 hanya 1.5% berbanding tahun 2017-8%. Eksport Sabah tahun 2017-8,7%, manakala tahun 2018-2.2%. Sektor pembuatan tahun 2017-5.4%, tahun 2018-2.3%. Trend ini akan beterusan, kerana Sabah tiada halatuju yang jelas.

Pengundi Kimanis perlu melihat, bagai mana mereka boleh dimajukan oleh seorang pemimpin yang mana kawasan yang diwakilipun berdekad lamanya, begitu mundur, malah mendapat jolokkan "the big shithole". Pengundi Kimanis, jangan terjebak dengan kata-kata manis, kerana menyesal kemudian tidak berguna.

Pengundi Kimanis perlu menghantar mesej yang jelas, menerusi penolakan calon Warisan semata-mata untuk menjamin masa depan rakyat Sabah, daripada dimusnahkan hanya semata-mata untuk mempertahankan kerakusan kuasa.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808