PRK Kimanis ini merupakan PRK ke-10 dan kedua bagi Sabah selepas PRK di Sandakan yang memberikan kepada Pakatan Harapan. Dalam konteks PRK Sandakan kemenangan besar diperoleh DAP sesuai dengan populasi pengundi Cina yang mewakili 51 peratus pengundi Cina manakala 45 peratus merupakan pengundi Bumiputera Islam dan selebihnya kaum lain.
Pengundi di Kimanis pula mempunyai 29, 664 pengundi dan sebanyak 52 peratus ialah bumiputera Islam yang kebanyakannya terdiri daripada pengundi Melayu Brunei. Bumiputera bukan Islam pula mewakili 41 peratus yang kebanyakannya ialah Kadazan Dusun manakala etnik Cina kurang signifikan yang mewakili 6 peratus sahaja dan selebihnya etnik-etnik lain.
Lanskap politik berbeza kerana Sabah sebelum PRU ke-14 dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional. Di Putrajaya pula, Barisan Nasional menguasai Putrajaya. Namun semua ini berubah apabila Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya dan parti Warisan PULA mengambil alih kerajaan Negeri Sabah dengan penuh drama politik.
Penulis melihat, walaupun Umno atau BN kehilangan kerajaan kerana permainan politik selepas PRU-14, namun selepas itu senario politik terus berubah, apabila parti komponen Bn yang mempunyai kerusi keluar daripada Bn, malah Umno yang merupakan tulang belakang, semua ADUN dan MP parti itu keluar beramai-ramai, kecuali seorang ADUN dan seorang MP.
Daripada 10 PRK, 8 kerana kematian, manakala Kimanis dan Rantau, kekosongan kerana kesalahan pilihanraya.
Meskipun keputusan PRU-14, antara calon Bn dan Warisan hanya dibezakan sebanyak 156 undi, namun pada PRK kali ini, trend pada PRU-14 sangat berbeza.
Kalau lah melihat kepada latar belakang politik Sabah, mana-mana PRK selepas PRU, biasanya dimenangi parti kerajaan, kecuali bagi PRK Tambunan pada tahun 1984 dan PRK Usukan tahun 1991. Pada tahun 1994, kemenangan calon yang melawan parti kerajaan kerana situasi politik masa itu sudah memuncak, khususnya di kalangan KDM dan cina. Manakala pada PRK 1991, berlakunya pertembungan antara calon dua kerajaan, iaitu kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan.
Melihat kepada PRK Kimanis, meskipun pihak pembangkang mempunyai isu-isu yang dekat dengan hati rakyat, akan tetapi, pertimbangan majoriti pengundi, masih lagi kepada kerajaan off the day, atas sebab, hanya kerajaan off the day sahaja yang boleh membawa projek pembangunan.
Kawasan luar bandar seperti Kimanis, aktiviti ekonomi yang bersifat projek hanya boleh di berikan oleh kerajaan, lagi pun pada masa sekarang baik negeri dan Persekutuan di perintah parti yang sama.