Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK KIMANIS- IMPAK PSS PADA KEPUTUSAN?

$
0
0
Pengundi Kimanis, macam sudah imune dengan isu lain seperti kos sara hidup, kurangnya peluang pekerajaan, kelambatan pembinaan Pan Borneo, kelembaban ekonomi, penguasaan penduduk Semporna dalam sektor-sektor kerajaan.

Pengundi macam tidak minat, apa pencapaian kerajaan Warisan selama 20 bulan, juga mereka tidak minat mendengar, apa kah kerajaan warisan ada hala tuju atau perancangan masa depan bagi Sabah.

Jika lah tidak timbul PSS, maka tiada isu yang mempengaruhi pengundi semasa melangkah ke peti undi pada 18 Januari.

Secara umumnya, memangpun pengundi Kimanis merasakan bahana yang bakal dihadapi rakyat Sabah apabila PSS dilaksanakan, kerana pelaksanaan itu, sepenuhnya DITENTUKAN oleh Jabatan Imigresen Sabah (bukan Imigresen Persekutuan) dan Jabatan Ketua Menteri. Makna kata, setiap individu yang diberikan oleh PSS sangat bergantung kepada keputusan dua pihak tersebut.

PSS memang sah di Sabah sahaja, seperti mana IMM13, Kad Burung-Burung dan Kad Banci, tetapi faktanya, mereka yang diberikan dokumen ini, terlepas juga untuk keluar daripada Sabah.

Pemegang PSS akan menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan kepada rakyat, seperti subsidi barangan. petrol. kesihatan, malah pendidikan. Malah mereka ini, bakal menjadi pesaing dalam merebut peluang-peluang pekerjaan bagi rakyat Sabah.

Memang di atas kertas jumlah mereka yang mempunyai kad 1MM13, Kad Burung-Burung dan Kad Banci, dikatakan berjumlah 136,055, namun ianya akan mencapai antara 900-600 ribu, apabila diambilkira ahli keluarga mereka.

Apapun jaminan, bahawa PSS bukan jaminan untuk mendapatkan kerakyatan, tetapi undang-undang negara membenarkan setiap mereka yang bermastautin di sabah sekurang-kurangnya 10 tahun untuk memohon kerakyatan.

Sabah memangpun telah mengalami perubahan demografi yang amat dahsyat, apabila dilihat daripada segi pertambahan penduduk. Di masa akan datang, 10-20 tahun akan datang, perubahan demografi Sabah akan sangat ketara sekali.

Atas pertimbangan semua itu, pengundi tahu, mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Perancangan atau keputusan kerajaan mereka tidak akan dapat bendung.

Apapun hangatnya isu PSS di PRK Kimanis ini, pengundi kawasan itu, masih lagi akan ikut tradisi politik Sabah, bahawa mereka sentiasa berpihak pada kerajaan off the day. Lagi pun, pemimpin yang mempunyai pengaruh di kawasan tersebut, meminta rakyat memilih calon kerajaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808