ADA pihak bagaikan telan mati emak, luah mati bapa kalau melihat isu PSS yang menyelubungi Parti Warisan Sabah pada PRK Kimanis.
Isu PSS hanya halal bagi Parti Warisan, tetapi tidak pada parti-parti lain temasuk parti lawan dalam PRK ini.
Pada Sabtu jika pencalonan kedua-duanya diterima, maka memudahkan pengundi Kimanis memilih,kerana kedua-duanya sudah dikenali pengundi, kerana dua-duanya pernah menjadi wakil rakyat, yang seorang 6 penggal dan yang seorang lagi sepenggal. Pengundi juga tahu kelibat kedua-duanya.
Isu pada PRU-14, berbeza dengan isu yang didepani rakyat sekarang, kerana masa itu belum timbul pemberian PSS kepada PATI.
Isu PATI sangat sensitif terhadap peribumi asal Sabah, dan kebetulan Kimanis mempunyai pengundi 93% adalah peribumi asal Sabah yang terbahagi kepada 52% islam dan 41% bukan islam, manakala bakinya adalah pengundi cina.
Pengundi berdaftar Kimanis seramai, 29,664 orang, 15,129 peribumi islam, 12,162 peribumi bukan islam dan 2,373 pengundi cina.
Akan bagaimana pengundi Kimanis memilih calon Parlimen mereka? apa kah bersandarkan kepada kebolehan berhujah di parlimen? atau kah hanya memilih wakil rakyat yang memanaskan kerusi?
Bagi mereka yang pernah menyaksikan, antara dua calon- Datuk Karim Bujang dan Datuk Mohamad Alamin, sangat ketara perbezaannya. Karim Bujang lebih suka memilih diam semasa sidang Dun, kecuali semasa menjadi Pembantu Menteri Kewangan berpenggal, hanya menjawab soalan. Manakala Mohammad pula kerap bangun dan berhujah berkaitan kemajuan dan pembangunan kawasan yang diwakilinya.
Terserah pengundi Kimanis, apa kah mahu menghantar wakil rakyat di Parlimen yang mampu berhujah untuk membawa masalah-masalah, isu-isu rakyat parlimen itu bagi pengetahuan pimpinan pusat, atau menghantar wakil rakyat yang tiada kemampuan berhujah. Parlimen bukan Dun. Parlimen perlu seseorang yang berkebolehan.