1. DALAM meneggakkan “RULE OF LAW” proses undang-undang negara diurus sedemikian rupa sehingga tiga peringkat, semata-mata untuk mempergunakan undang-undang demi keadilan, selain kemurnian undang-undang itu sendiri.
2. Tan Sri Musa mempergunakan undang-undang semata-mata untuk meneggakkan dan menjaga, menghormati PERLEMBAGAAN NEGERI SABAH, bukannya berunsur pribadi atau kuasa. Tujuan memelihara perlembagaan negeri adalah untuk memastikan perlembagaan tidak terus dicemari dan perlu dinoktahkan “once for all”.
3. Rakyat Sabah telah berhadapan “krisis” Perlembagaan sebanyak 3 kali, iaitu pada tahun 1985, 1994 dan tahun 2018. Krisis itu berlaku, kerana pengelibatan TYT Sabah yang membelakangkan isi kandungan Perlembagaan Negeri.
4. Bagi Musa, kuasa TYT dalam Perlembagaan Negeri perlu dijelaskan dengan sejelasnya, khususnya dalam “pemecatan” Ketua Menteri. Tidak timbul mengganggu pemerintahan negeri, jika proses penubuhan itu berasaskan Perlembagaan. Jelas sehingga kini, 2 peringkat mahkamah, iaitu Mahkamah Tinggi dan Rayuan belum memberi tafsiran berkaitan Perlembagaan Negeri Sabah bagi menjawab saman Musa terhadap TYT dan Datuk Shafie Apdal.
5. Bagi Anifah pula, beliau menjadi mangsa kepada kecuaian Suruhanjaya Pilihanraya, sehinggakan kemenangan beliau terpaksa dibatalkan. Anifah menggunakan mahkamah untuk memperbetulkan kesilapan atau kecuaian pihak lain yang mengorbankan beliau. Kesilapan SPR perlu diperbetulkan supaya di masa depan tiada pihak lain lagi menjadi mangsa atau dikambing hitamkan.
6. Apa kah memperbetulkan kesilapan individu atau badan tertentu mempergunakan “Rule of Law” satu kesalahan? Hanya penyokong tegar Warisan seperti Ismaily Bungso mempercayainya semata-mata untuk meneggakkan benang yang basah.
7. Rakyat Sabah secara umumnya perlu diberitahu, bahawa “Rule of Law” dan Perlembagaan Negeri perlu digunapakai selama-lamanya, dan tidak sesekali mana-mana pihak memperlekehkannya hanya kerana KUASA.
Kaki Karut Warisan |