Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK KIMANIS: BN LAWAN WARISAN

$
0
0
HANYA dua calon mengemukakan pencalonan bagi PRK Kimanis. Calon pertama-calon BN yang mengemukakan pencalonan pada 9.09 pagi, dan calon kedua calon Warisan yang mengemukakan pencalonan pada 9.13 pagi.

Parlimen Kimanis yang mempunyai pengundi berdaftar seramai 29,664 orang akan menentukan siapa yang mewakili mereka pada 18 Januari.

Parlimen Kiamnis adalah kawasan bumiputera, iaitu 93% yang terbahagi kepada 52% islam dan 41% bukan islam. 

Profile pengundi, adalah rakyat berpendapatan sederhana tinggi, sehinggakan tidak mudah mempengaruhi mereka dengan sebarang gula-gula pilihan raya.

Kimanis biasanya diwakili tokoh-tokoh politik yang berkebolehan, mempunyai visi dan perjuangan, seperti AK Aliuddin, Datuk Anifah Aman. 

Pada PRK ini, Warisan perlu memberi tahu pengundi, bahawa mereka lebih baik berbanding era BN, dan itulah yang menjadi penentu pilihan pengundi.

Pada masa ini, masih terlalu awal, pihak mana yang bakal menang, kerana kedua-dua calon yang bertanding mempunyai kelebihan masing-masing.

Jentera kedua belah pihak yang menentukan kemenangan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808