Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PERKEMBANGAN POLITIK PASCA PRU-14

$
0
0
BANYAK sangat perkembangan politik pasca PRU-14, yang tidak difikirkan begitu cepat berlaku, tetapi ternyata berlaku. Benar lah anggapan, bahawa politik itu sendiri penuh dengan kemungkinan.

Di Sabah, parti yang tidak kalah dalam pilihanraya, bukan sahaja kehilangan kerajaan, akan tetapi hanya berbaki satu kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.

Umno Sabah yang telah menjadi tulang kerajaan Sabah sejak tahun 1994, hampir lumpuh, apabila 21 Ketua Bahagian, semua ADUN, MP kecuali seorang telah keluar beramai-ramai pada 12 Disember,2018, malah tindakan keluar itu dimulakan lebih awal oleh MP Kimanis pada September, untuk menjadi ahli politik bebas.

Tindakan para ahli politik serta wakil rakyat berpindah parti telah mewarnai politik Sabah PASCA PRU-14.

Kemasukan PPBM (Bersatu) ke Sabah pada 6 April tahun ini, merupakan lembaran baharu politik Sabah, atas sebab parti itu sendiri tiada niat mengembangkan sayap ke Sabah sebelum ini.

Kemasukkan Bersatu ke Sabah ditentang habis-habisan oleh Parti Warisan, namun akhirnya akur dengan kebebasan berpolitik yang diamalkan di negara ini, bahawa setiap parti politik yang sah tiada halangan mengembangkan sayap di mana-mana negeri.

Juga, pada PASCA PRU-14, Parti Barisan Nasional yang pada mulanya dianggotai 13 parti komponen termasuk parti tempatan Sabah, kini hanya berbaki 3 parti utama kembali kepada konsep perikatan sebelum tahun 1974.

Bn tiada lagi parti tempatan Sabah, kecuali "Umno Sabah" yang dijenamakan seolah-olah parti tempatan, bezanya ianya diketuai Pengerusi Perhubungan, bukan presiden seperti mana lazimnya sebuah parti.

Ekoran perkembangan politik Sabah PASCA PRU-14, belum pasti arah tuju politik Sabah, kerana arah tuju itu hanya boleh dibuktikan menerusi pilihanraya. 

Sebenarnya, banyak mata melihat pada PRK Kimanis, untuk menjadi indikasi arah tuju politik Sabah, namun samada PRK menjadi masih simpang siur, kerana masih menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan pada 3 Januari, 2020 yang difailkan oleh Datuk Anifah samada keputusan mahkamah itu sebelum ini, bahawa keputusan PRU-14 dibatalkan kerana kecuaian SPR muktamad atau sebaliknya.

Tetapi apa yang sangat menarik bagi politik Sabah menjelang PRU-15, para pemimpin utama politik Sabah yang tiada kedudukan dalam sebarang parti politik, masih bertindak "low profile" dan besar kemungkinan setahun sebelum PRU-15, mereka bergerak semula.

Latar belakang politik Sabah masih bergantung kepada nama-nama besar pemimpin politik, sebab itu, gerakan para pemimpin utama politik Sabah masih ditunggu kerana ianya akan memberi impak pada PRU-15.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808