Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MEMPERKUAT PARTI-VISI BERSATU SABAH

$
0
0
TIADA cara bagi parti politik mendapat sokongan rakyat, kecuali memperkuat parti menerusi sokongan, antaranya jumlah keahlian.

Keahlian sesebuah parti merupakan jentera parti semasa pilihanraya.

Parti politik adalah pertubuhan sukarela, ertinya semakin ramai ahli, maka semakin ramai lah pengundi bagi parti tersebut.

Perkembangan sekarang, visi sesebuah parti politik boleh sampai kepada rakyat, hanya dihujung jari yang boleh menjadi penghubung dua arah antara pemimpin dan rakyat, pun demikian, Bersatu Sabah yang diketuai Datuk Hajiji Haji Noor yang juga ADUN Sulaman, memperkuat kaedah itu dengan cara turun padang, iaitu menerusi jelajah para pemimpin.

Pada 22 Disember lalu, giliran Kota Belud lokasi jelajah pemimpin parti itu, dan kaedah ini akan beterusan sehingga ulang tahun pertama parti itu bertapak di Sabah.

PPBM atau Bersatu Sabah telah dilancarkan pada 6 April, ITCC Penampang oleh Pengerusi parti itu yang juga Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir.

Bersatu Sabah hanya merupakan parti mesra kerajaan Sabah yang diterajui Warisan, walaupun 2 komponen PH, DAP dan PKR adalah sebahagian kerajaan Datuk Shafie Apdal.

Pada PRU-15, Bersatu akan dihargai jika mempunyai kekuatan yang dicerminkan menerusi jumlah kerusi yang ditandangi dan dimenangi. Keadaan itu, sangat bergantung pada kepimpinan parti itu.

Hakikatnya, Bersatu, adalah parti masa depan rakyat Sabah, kerana parti itu merupakan parti yang bersifat inkusif khususnya bagi bumiputera Sabah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808