PADA 18 Januari 2020, seramai 29,664 pengundi berdafar Parlimen Kimanis bakal memilih wakil mereka ke Dewan Rakyat.
Pada PRU-14, peratus yang keluar mengundi adalah 86.2% (25,519) yang terbahagi kepada 3 calon, Bn-Umno 40.3% (11,942); Warisan 39.8% (11,786) dan PHRS 4.4%(1,300).
Pengundi yang berdaftar itu terbahagi kepada 52% islam, 41% bukan islam dan 6% cina, walaupun secara demogarfi parlimen tersebut didiami 67% islam, 30% bukan islam dan bakinya kaum cina.
Kalau lah peratusan pengundi mencapai 80%, maka jumlah mereka yang menunaikan tanggungjawab seramai, 23,700. Tidak pasti daripada jumlah ini berapa peratus kah pengundi islam, bukan islam dan cina. Jika diasaskan kepada komposisi pengundi, maka 12,300 islam, 9,700 bukan islam dan bakinya kaum cina.
Pada PRK ini kecenderungan pengundi akan terfokus kepada PSS, kerana dikatakan isu akan menentukan pola pengundian.
Jika PBS memutuskan tidak meletakkan calon, maka keadaan pada lingkaran penuh bagi parti pembangkang menggunakan isu PSS pada PRK ini.
Jika PBS memutuskan tidak meletakkan calon, maka keadaan pada lingkaran penuh bagi parti pembangkang menggunakan isu PSS pada PRK ini.
Dikhabarkan, parti-parti pembangkang (untuk sementara kecuali PBS) akan menyokong calon Umno-Bn, selain sokongan mantan MP kawasan itu, sebagai soladiriti kem pembangkang.
Parti Warisan sebagai parti kerajaan mempunyai kelebihan kerana selain calon kerajaan juga disokong PH khususnya parti PPBM. Juga, memandangkan dua ADUN kawasan tersebut adalah ADUN kerajaan, maka akan menjadi pertimbangan pengundi untuk swing kepada calon Parti Warisan. Lagi pun, berasaskan latar belakang politik Sabah, jarang sekali PRK dimenangi parti pembangkang, kecuali pada PRK Tambunan tahun 1984 dan PRK Usukan tahun 1991.
Apa kah pada PRK kali ini, akan berlaku kejutan? Jika pun berlaku kejutan, ianya bukan berasaskan kepada isu-isu nasional, akan tetapi lebih kepada isu-isu tempatan, isu simpati, dan isu-isu emosi.