SAYA terbaca laporan surat khabar Harian Express hari ini 27 Disember,2019 berkaitan 4 pencuri kambing di Daerah Kota Belud.
Aktiviti mencuri binatang di Kota Belud merupakan aktiviti berdekad, kerana seingat penulis sejak tahun 60-an, aktiviti itu berjalan beterusan.
Kerana aktiviti mencuri ini, seorang saudagar binatang yang terkenal tahun 60-an Allahyarham Haji Sakmad, semasa di penghujung usia beliau, ribuan kerbau dan sapi beliau sebelum itu, tidak terdapat lagi di padang-padang ragut, kerana selain habis dicuri juga dijual.
Pencuri, tidak cukup dengan binatang-bintang yang dilepaskan itu, masih juga melebarkan aktiviti mereka mencuri ternakan jinak penduduk yang digunakan untuk membajak atau pengakutan.
Aktiviti mencuri binatang, bukan terhad kepada lembu atau kerbau, akan tetapi kambing dan ayam.
Pada tahun 60-an pencuri, menangkap lembu dan kerbau, dilapah dan daging dijual pada restoran-restoran di pekan, malah sampai ke Tuaran.
Pada tahun 70-an aktiviti mencuri bertambah moden, kerana mencuri binatang hidup untuk dijual di daerah lain, sejauh Sandakan.
Kawalan berkaitan binatang memang ada, kerana telinga kerbau dan sapi bertanda. Peraturan, mana-mana binatang yang dijual, ditanda KB menggunakan plat besi panas, namun pencuri, meniru plat tersebut untuk mengaburi pihak penguasa.
Rupanya, aktiviti mencuri di Kota Belud masih beterusan, meskipun ajaran agama telah lama diajar di sekolah-sekolah.