PENGORBANAN pemimpin seperti Tan Sri Musa Aman yang meninggalkan dunia perniangaan pada tahun 1990, semata-mata menyahut pelawaan Tun Mustapha Datu Harun menyertai politik semata-mata untuk memajukan dan membangun Sabah mudah sangat dilupakan oleh sesetengah rakyat. Penyebabnya, hanya kerana sebahagian daripada pemimpin yang sepasukan Musa, ditolak rakyat, kerana cara dan gaya mereka itu bertukar 360 darjah, sebelum dan selepas mempunyai kedudukan. Musa menjadi mangsa seperti maksud peribahasa, kerana nila setitik maka susu sebelanga rosak binasa; kerana seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.
Kekalahan Presiden LDP di Dun Tanjong Kapor, kekalahan Timbalan Ketua Menteri di Dun Petagas, Dun Tambunan, kekalahan menteri kabinet di Dun Karambunai, menunjukkan, bahawa rakyat menolak mereka. Kerana penolakan itu, maka telah menyebabkan parti kehilangan peluang untuk mempertahankan kerajaan.
Hakikatnya, secara umumnya, rakyat Sabah masih mahu mengekalkan kerajaan yang diterajui Musa, sebab itu BN masih menang 29 kerusi.
Sebahagian rakyat pada PRU-14, hanya menolak pemimpin yang tidak disenangi, namun apa kan daya, lain pula kesudahannya.
Kini rakyat, terpaksa menerima, akibat tindakan mereka itu, keadaan Sabah semakin bercelaru, selain kemajuan dan pembangunan yang merudum, juga terpaksa menerima 'rakyat baharu" yang diperkirakan tidak kurang 600 ribu.
Senario politik Sabah kini, bagai kan maksud peribahasa, sekali air bah, maka pantai berubah. Organisasi politik yang dibina lebih 25 tahun lalu, yang dirintis Tun Mustapha, dan diperkuat dengan kehadiran ahli perniagaan (Musa), sangat dirindui, bukan sahaja pembangunan dan kemajuan Sabah berada pada landasan betul, tetapi akan terus tercatit dalam sejarah Sabah, suatu legasi yang sukar untuk diulangi lagi.
Legasi Musa, yang tersangat jelas adalah beliau telah MEMERTABATKAN SABAH menerusi HALATUJU SABAH yang beliau lancarkan sebaik sahaja menjadi Ketua Menteri pada tahun 2003.