JIKA melihat pilihan pengundi Sabah pada PRU-14, ianya terbahagi dua, satu bahagian masih memilih politik pembangunan sementara satu bahagian lagi politik emosi.
Pada PRK Kimanis juga senario itu masih tergunapakai.
Pada PRK ini, politik emosi adalah berkaitan Pas Sementara Sabah kepada PATI.
Jika politik pembangunan dijadikan bahan kempen, sebenarnya kawasan itu banyak sekali mendapat limpahan pembangunan semasa era Barisan Nasional, namun terbukti pada PRU-14, separuh daripada pengundi tidak memberi merit pada kemajuan tersebut, sebaliknya kerana emosi khususnya terpengaruh dengan slogan SABAH UBAH, SABAH KITA PUNYA.
PRK Kimanis, BN akan mempersoalkan slogan tersebut. Mereka akan bertanya pada pengundi selama 2 tahun apa yang berubah? melainkan, Sabah bakal dibanjiri PATI,
Pada PRK ini, pengundi diberi 2 pilihan, menyokong calon kerajaan atau menyokong pembangkang untuk memperkuat suara semak dan imbang di Dewan Rakyat.
Jika menurut latar belakang politik Sabah, jarang sekali semasa PRK pengundi memilih calon pembangkang, kecuali pada PRK Tambunan tahun 1984 dan PRK Usukan tahun 1991, tetapi situasi di 2 PRK tersebut amat berbeza dengan PRK Kimanis.
PRK Kimanis dilihat sebagai penanda aras arah tuju pilihan rakyat Sabah menjelang PRU-15, khususnya pada kawasan-kawasan yang mempunyai komposisi pengundi yang serupa.