Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

MASIH SELAMAT KAH PERAIRAN SABAH?

$
0
0
CUBA bayangkan, Boat milik Jabatan Kerajaan pun menjadi mangsa tembakan penyeludup. Di khabarkan dalam kejadian di Pulau Mataking 2 hari lalu, boat Jabatan Kastam Lahad Datu ditembak sehingga 50 butir peluru, dan apa yang malangnya, penembak itu bukan sahaja gagal dipintas akan tetapi terus menghilang ke perairan Filipina.

Jika benar lah Radar yang dipasang di kawasan itu berfungsi, sudah tentu ATB2 dapat memintas, seperti mana berlaku sebelum ini, apabila mantan ADUN Bogaya Semporna dipintas oleh boat laju yang dikendalikan ATB2, kononnya pemimpin tempatan itu bergerak daripada negara jiran, dan dikatakan sebagai penjenayah rentas sempadan. Tetapi hakikatnya, pergerakaan pemimpin tersebut sebenarnya telah dimaklumkan lebih awal kepada pihak ESSCOM, OCPD Semporna dan pusat kawalan ESSCOM di Pulau Mataking.

Dengan kejadian 2 hari lalu, nampaknya perairan Sabah masih gagal di kawal meskipun berbagai aset di tempatkan di kawasan tersebut.

Hakikat sebenar mengapa perairan Sabah susah dikawal, kerana adanya komunikasi timbal balik antara penjenayah/penyeludup dengan rakan mereka di daratan Sabah. Tanpa hubungan timbal balik, aktiviti seumpama ini tidak akan berlanjutan.

Ada lah malang bagi Sabah, mereka yang mempunyai hubungan dengan penjenayah/penyeludup sudah berakar umbi di bumi negeri di bawah bayu berdekad lamanya, malah mereka itu sudah menjadi sebahagian daripada penduduk Sabah.

Keselamatan Sabah di masa akan datang akan bertambah rumit lagi, apabila 600 ribu PATI dibenarkan menentap Sabah, dan sudah tentu ada di kalangan mereka itu merupakan agen atau sekumpulan dengan penjenayah/penyeludup.

Nampak gayanya negara teraksa berbelanja ratusan juta ringgit setiap tahun hanya untuk mengawal keselamatan, namun keberkesanannya dicairkan oleh kumpulan petualang yang berada dalam negeri Sabah sendiri.

Seperti kejadian yang berlaku pada pasukan kastam tersebut, para penyeludup berkenaan bukan calang-calang kerana dilengkapi senjata.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808