PRK Kimanis akan menunjukkan bagaimana perbezaan antara senario politik Semenanjung dan Sabah.
Pada PRK yang bakal dilaksanakan pada 18 Januari,2020, akan memperlihatkan bahawa semangat PRK Tg Piai yang bakal di bawah ke PRK itu oleh BN mengunapakai Muafakat Nasional belum masanya sampai ke Sabah amnya dan khasnya Parlimen Kimanis.
Di atas kertas nampak adanya persaingan hebat antara calon Warisan dan Umno/BN, kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Kelebihan calon Warisan kerana ianya calon kerajaan negeri dan Persekutuan, manakala kelebihan calon Umno/BN adalah isu-isu nostalgik dan sentimental, termasuk sumbangan parti itu lebih 20 tahun di kawasan itu, juga dikatakan calon Umno/BN akan mendapat sokongan mantan MP Kawasan itu, sebagai bentuk soladiriti kem pembangkang.
Isu-isu yang akan menjadi halangan kepada parti Warisan untuk menang mudah, adalah isu-isu yang sedang hangat dan panas, iaitu isu pemberian Pas Sementara Sabah kepada PATI, selain isu pembinaan empangan Papar.
Selain itu, faktor yang menjadi pertimbangan pengundi kawasan itu, adalah calon daripada kedua belah pihak, kerana sifat pengundi Sabah masih berpaksi kepada calon yang disenangi dan diterima penduduk setempat.
Ada lah lumrah bagi politik Sabah, setiap pilihanraya, faktor yang dilihat pengundi adalah personaliti calon, dan siapa pemimpin setempat dibelakang calon-calon tersebut.
Pengundi Kimanis belum lagi termakan isu-isu nasional, seperti pasaran saham, atau rendahnya dividen ASB, kerana isu seumpama ini bukan lah isu-isu setempat.
Jika pihak Umno/BN menjadikan PRK Kimanis sebagai isyarat kepada PH atau Warisan, belum lagi sampai ke tahap itu, kerana latar belakang politik Sabah yang biasa bertukar kerajaan, biasanya akan cenderung berpihak kepada kerajaan of the day.
Kalau pun pengundi Kimanis ingin menghantar isyarat, bukan pada PRK ini, melainkan pada PRU-15, sebabnya apapun keputusan PRK ini tidak mengubah status quo, dengan demikian, sudah menjadi kebiasaan pengundi Sabah berpihak kepada calon kerajaan.
Memang diakui, Kimanis adalah wilayah Umno/BN lebih 20 tahun, namun senario politik sudah berubah. Senario kini, rakyat Sabah cenderung kepada kerajaan yang memerintah.