RAMAI melihat pertembungan antara calon Warisan dan Umno Sabah, parti mana yang disokong pengundi Parlimen Kimanis pasca PRU-14.
Pada PRU-14, Parti Warisan dan Umno hanya dipisahkan dengan 156 undi.
Sebelum PRU-14, parlimen yang mempunyai pengundi 29,618 dengan dua DUN, Membakut dan Bongawan, Umno mempunyai lebih 19,000 ahli, 10,000 di Dun Membakut dan 9,000 di Dun Bongawan. Penulis tiada data, daripada 19,000 ahli parti itu, berapa kah yang terdaftar sebagai pengundi.
Pada PRU-14, Dun Bongawan dirampas Parti Warisan Sabah menerusi Dr Daud Yusof.
Pada PRU-14, di Parlimen tersebut telah berlaku pertembungan antara Datuk Anifah Aman-MP tiga penggal dengan mantan veteren pemimpin Umno Datuk Karim Bujang, mantan ADUN berpenggal-penggal bagi Dun Bongawan.
Penulis melihat, pengundi parlimen tersebut pada PRU-14, berdepan kesukaran memilih, sebab itu lah keputusan mereka seperti mana jumlah undi yang diperoleh Anifah dan Karim hanya dipisahkan dengan jumlah undi yang sangat kecil.
Pada PRU-14 di kawasan tersebut telah berlaku pertembungan personaliti, sehinggakan pengundi menjadikan parti sebagai pilihan kedua.
Namun pada PRK yang bakal diadakan pada 18 Januari,2020, untuk sementara Datuk Anifah tidak akan turut bertanding, sebaliknya akan bertanding pada PRU-15 di kawasan yang sama.
PRK Kimanis terpaksa diadakan kerana kecuaian pihak SPR. Atas sebab kecuaian tersebut, maka kerajaan terpaksa menanggung kos pelaksanaan pilihanraya, juga atas sebab kecuaian tersebut pengundi yang menyokong Anifah dikorbankan.
Setakat ini, baik Warisan atau Umno belum memuktamadkan calon yang dipilih. Selepas diketahui calon yang dipilih, maka akan mudah menganalisa, parti mana yang bakal disokong pengundi Kimanis.
Penulis masih yakin, bahawa pengundi parlimen tersebut masih melihat personaliti calon berbanding parti, ini lah bezanya antara politik Semenanjung dan Sabah.