Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

APA KAH PERALIHAN KUASA BERLAKU?

$
0
0
APA yang pasti peralihan kuasa akan berlaku, cepat atau lambat. Persoalannya apa kah peralihan kuasa daripada Tun Dr Mahathir kepada Dato Seri Anwar akan berlaku? 

Politik Malaysia, mudah diteka, kerana tanda-tanda mengenainya ternampak di berbagai sudut. 

Walaupun ada perjanjian PH selepas Tun Dr Mahathir maka Dato Seri Anwar, jika pakatan itu dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Perjanjian itu sebelum menjadi kerajaan. Seperti kata Tun, Manifesto bukan lah kitab cuci. Penulis menterjemahkan maksud kenyataan itu bahawa perjanjian itu bukan kandungan kitab. 

Tanda-tanda politik bahawa tidak akan berlakunya peralihan kuasa daripada Tun kepada Anwar, apabila pertembungan antara Anwar dan Azmin dalam parti sendiri sudah sampai ke puncak, yang mana perseteruan itu boleh menjadikan parti mereka berpecah dua. 

Azmin nampaknya sudah membakar jambatan, apabila berhujah, dua anak Ibrahim sudah dilawan. Makna hujah itu, anak Ibrahim berikutnya adalah Anwar. 

Dalam senario sekarang, tidak timbul apa kah Tun mempunyai sokongan daripada para MP, kerana beliau telah pun membuktikan beliau mempunyai sokongan itu. Yang menjadi persoalan, apa kah juga Anwar mendapat sokongan serupa jika Tun bercadang menyerahkan kuasa? Isu ini lah yang berlegar-legar, mengapa peralihan kuasa tidak boleh berlaku. 

Melihat senario politik semasa, jika Tun meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada Anwar, silap haribulan, kerajaan PH akan tumbang, dan akan ada kerajaan baharu ditubuhkan, jika mengelak pembubaran parlimen untuk PRU-15 mengejut. 

Situasi demikian lah yang sedang dielakkan. Sebab itu, Naib Presiden PKR Tian Chua memberi isyarat, jangan taksub sangat untuk Anwar jadi Perdana Menteri, kerana ketaksuban itu, boleh menyebabkan PH kehilangan kerajaan. 

Tun Dr Mahathir macam kata orang sentiasa tenang di posisi, dan sempat meluangkan masa menonton filem animasi Ejen Ali The Movie malam tadi di Pawagam Golden Screen Cinema (GSC) Pavilion, Kuala Lumpur, menggambarkan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri tidak tergoyahkan sehingga tamat penggal. 

Suka atau tidak, jawatan Perdana Menteri ke-8 tidak akan berlaku menerusi penyerahan kuasa, melainkan jawatan itu perlu diraih sendiri pada PRU-15. 

Bagi penulis, jawatan PM-8 sangat terbuka luas, dan tidak pasti siapa kah pemimpin yang bernasib itu. Jawatan itu masih tanda tanya besar, dan terletak pada ketentuan Tuhan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808