JIKA Datuk Shafie Apdal hormati pengorbanan Bersatu dengan tidak mengembangkan sayap ke Sabah semasa PRU-14 untuk membolehkan parti itu meletakkan calon, sebaliknya memberi sokongan kepada Warisan menerusi PH untuk menumbangkan kerajaan BN.
Sokongan Bersatu menerusi PH di peringkat DUN dan Parlimen, Warisan masing-masing menang 21 dan 8 kerusi. Manakala di Parilmen Kimanis bersaing hebat dengan calon BN, tetapi kalah 156 undi.
Hakikat berlakunya PRK kerana tindakan calon Warisan. Mungkin sebab itu, Warisan mati-matian bertanding, seperti mana PRK Rantau, kerana tindakan calon PKR yang ditolak pencalonan, maka selepas keputusan DUN Rantau pada PRU-14 dibatalkan, maka individu yang mengemukakan petisyen piliahanraya-Dr Stream dicalonkan oleh PKR.
Di Sabah suka atau tidak, pasca PRU-14, menunjukkan, bahawa perjanjian tidak tertulis antara Datuk Shafie Apdal dan Tun Dr Mahathir, bahawa di peringkat Negeri, Warisan yang berkuasa dan Parlimen adalah PH, sebab itu ADUN Bersatu tidak diberikan apa-apa peranan, kerana kehadiran para ADUN parti itu selepas pembentukan kerajaan Negeri.
Semasa pembentukan Kerajaan Negeri, Warisan tiada pilihan melainkan melibatkan para ADUN PH, kerana tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan. Berbeza di peringkat Persekutuan, tanpa Warisanpun PH boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan. Pun demikian, PH melantik 3 MP Warisan menyertai Kabinet.
Sudah tibanya PH perlu bertindak untuk menuntut kesaksamaan atau sitausi menang-menang, untuk bertanding pada PRK di Kimanis, dan Warisan perlu memberi laluan, jika benar-benar mempunyai sifat setia kawan, bukannya hanya untuk kepentingan parti Warisan.
Shafie perlu mengotakan janji, Sabah-Warisan yang perintah, manakala Persekutuan, PH yang perintah. Makna kata, Warisan hanya perlu memperkuat DUN, dan PH perlu memperkuat Parlimen. Berdasarkan janji itu, maka syogianya pada PRK Kimanis- PH perlu diberikan peluang bertanding, dan parti yang paling sesuai bertanding adalah Bersatu.