Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK KIMANIS-BERSATU WAJAR BERTANDING

$
0
0
SATU perkara sahaja yang menjadi penghalang kepada BERSATU SABAH bertanding pada PRK Kimanis “ Parti mana diputuskan pemimpin PH” AKAN AKUR DAN SOKONG!!!. 

Di Sabah, kerajaan negeri bukan lah kerajaan Pakatan Harapan (PH), sebaliknya hanya kerajaan campuran PH dan Warisan. Mengapa kerajaan campuran? Warisan dan PH (DAP dan PKR) mengadakan kolaborasi atau pakatan untuk tidak saling bertembung pada PRU-14. Jika sekiranya keputusan PRU-14, Warisan menang cukup kerusi untuk menubuhkan kerajaan, maka senario tahun 1985 PBS-USNO akan berulang. 

Oleh kerana Warisan tidak cukup kerusi, hanya menang 21, manakala DAP 6 dan PKR 2, maka terpaksa menggunakan pihak lain memujuk UPKO dan beberapa ADUN Umno berpaling tadah. 

Walaupun Kerajaan negeri yang diterajui Warisan masih kerajaan campuran, namun akibat lompat parti dan ADUN lantikan, parti itu sudah mempunyai majoriti mudah di DUN Sabah. 

Dengan jumlah kerusi parti Warisan, ditambah lagi para ADUN DAP dan PKR yang sudah tentunya pasti menyokong, kerana mempunyai jawatan, baik sebagai menteri, pembantu menteri mahupun pengerusi GLC, maka tidak akan sanggup meninggalkan jawatan. 

Kerana Warisan sudah merasa kuat dan selamat, maka walaupun PH itu terdiri daripada DAP-PKR-Amanah-Bersatu, akan tetapi Warisan hanya mengambil tahu parti DAP dan PKR selain kawan baru UPKO, manakala Bersatu, hanya dianggap seperti melukut ditepi gantang. 

Penulis yakin, para wakil rakyat Bersatu merasakan hanya dipadang sebelah mata oleh para pemimpin Warisan. Memandangkan keadaan tersebut, untuk menguji sejauh mana kekuatan parti yang inklusif kepada peribumi tersebut, maka wajar bertanding pada PRK Kimanis, waima, perlu bertembung dengan Warisan. 

Pengundi P176 Kimanis perlu diberi ruang seluas-luasnya parti mana yang mereka sokong. Pada PRK tersebut UMNO Sabah sudah tentu akan meletakkan calon, kerana lebih 20 tahun kawasan itu adalah wilayah parti itu. 

PH perlu berfikir pro-aktif, sebenarnya tiada jaminan, pada PRU-15, Warisan akan kekal berkolaborasi dengan parti-parti itu, gerakan parti itu sudah bermula sebaik sahaja dapat menubuhkan kerajaan, mempunyai kecenderungan mengambil pendekatan “Free Contest” pada PRU-15. Menerusi pertanding bebas itu, parti pimpinan Shafie itu memerlukan sebanyak mungkin wakil rakyat di peringkat parlimen, sebagai “bargaining power” atau kuasa tawar menawar dengan mana-mana parti yang menubuhkan kerajaan Persekutuan. 

Para pemimpin Warisan di semua peringkat, merasakan parti mereka akan mendapat sokongan rakyat Sabah pada PRU-15, sebab itu tidak memerlukan sokongan mana-mana parti. Kalaupun parti pimpinan Shafie itu mahu bekerjasama, kemungkinan dengan UPKO di kawasan-kawasan tertentu, mungkin hanya melibat 5-6 kerusi DUN dan satu parlimen. 

Memandangkan senario bahawa pertandingan bebas bakal berlaku pada PRU-15, syogianya Bersatu wajar bertanding pada PRK Kimanis, lagipun Setiausaha Bersatu Sabah Datuk Ronald Kiandiee telah memberi isyarat keinginan Bersatu menguji penerimaan rakyat Sabah terhadap parti terbaharu di Sabah tersebut. Fikir-Fikirkan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808