Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK KIMANIS-ADA YANG KATA UNDI WARISAN SAMA DENGAN UNDI PATI

$
0
0
NAMPAKNYA ramai pemimpin yang menyokong kerajaan daripada parti lain selain Warisan dan UPKO akan terperangkap sempena PRK Kimanis. 

Di kalangan rakyat beranggapan mengundi calon Parti Warisan samalah dengan mengundi PATI (pendatang asing tanpa izin).

Sebenarnya calon mana pun menang, tidak mengubah status quo, ertinya tiada pengaruh kepada kerajaan, lagipun kawasan itu adalah kawasan Parlimen bebas.

Jika parti-parti PH khususnya Bersatu menyokong calon Warisan (pasti bakal mewakili parti kerajaan), bermakna secara tidak langsung menyokong pendirian Kerajaan Warisan menghalalkan PATI.

Di kalangan rakyat asal Sabah, pasti tidak akan bersetuju projek menghalalkan PATI, kecuali para pemimpin yang mempunyai tujuan tertentu.

Demografi Sabah sebenarnya telah berubah, bermula 30 tahun lalu dan puncaknya pada persempadanan semula kawasan pilihanraya yang digunakan pada PRU 2004, yang mana kawasan DUN Sabah berubah kepada komposisi 32-20-8; iaitu bumiputera islam-bumiputera bukan islam-Cina.

Akibat perubahan demografi tersebut, dibuktikan pada PRU-14, kawasan tumpuhan PATI menolak calon-calon Umno, dan memilih parti yang dipimpin oleh sebahasa dengan mereka.

Di masa depan, jika PATI dihalalkan, kemungkinan besar demografi Sabah akan berubah lagi, kerana pertambahan penduduk import lebih cepat berbanding kelahiran semulajadi manusia.

Tidak dapat dinafikan, jika ikut kadar kelahiran biasa manusia, kalau diambil kira penduduk Sabah pada tahun 1963, tidak mungkin mencapai 2.7 juta sekarang ini. Penduduk Sabah terkini adalah 3.9juta, 1.2 juta adalah rakyat asing.

PRK Kimanis, sebenarnya tidak akan menggambarkan trend politik tanah air, sebaliknya hanya menggambarkan manifestasi pengundi setempat, walaupun ramai penganalis politik yang kurang mahir isu setempat, beranggapan, semangat PRK Tg Piai akan sampai ke Kimanis.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808