Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK KIMNAIS- SIAPA BUKTI SIAPA?

$
0
0
PRK Kimanis, mungkin tahun depan, kerana mahkamah belum menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat yang pada gilirannya mengistihrkan kerusi Parlimen kosong. 

Kerana kekosongan itu, maka perlu diadakan PRK, memandangkan tempoh parlimen masih berbaki lebih 3 tahun.

PRK Kimanis, setidak-tidaknya akan membuktikan arah tuju pengundi bumiputera, selepas memulakan acah itu pada PRU-14.

Sejak tahun 1995, Parlimen Kimanis dan 2 ADUN, Membakut dan Bongawan dimenangi calon-calon Umno/BN, hanya pada PRU-14, DUN Bongawan ditawan calon Parti Warisan Sabah.

Senario sebelum PRU-14, sungguh berbeza dengan senario sekarang, kerana rakyat dapat mengetahui kad kerajaan yang sedang memerintah baik di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

Kerana sudah diketahui kad kerajaan yang ada, maka pengundi dapat membandingkan, pihak mana yang banyak membela rakyat.

Selain itu, faktor pendekatan juga bakal diambilkira. Pengundi Kimanis diberi pilihan, parti campuran kah (Warisan-PH-UPKO) atau UMNO Sabah (meskipun mempunyai autonomi, akan tetapi masih mengunapakai sistem parti, iaitu hanya berpresidenkan seorang) bersama-sama dengan parti-parti pembangkang lain yang hanya pada nama.

Parlimen Kimanis dulu Limbawang, memang mempunyai sejarah sebagai wilayah yang cenderung kepada kerajaan Persekutuan, kerana terbukti masa lalu pernah dimenangi Allahyarham Tun Mustapaha sebagai calon Usno, meskipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan Parti PBS.

Melihat sejarah lalu, kerana kecenderungan pengundi Kimanis yang mesra kerajaan, maka setidak-tidaknya dapat dibaca ke mana arah tuju lebih 26 ribu pengundi parlimen tersebut.

Kalau lah pada PRK Kimanis, ada pihak yang menganggap bahawa semangat PRK Tg Piai akan sampai ke kawasan itu, ianya hanya persepsi, kerana sememangnya arah tuju politik Sabah dan Semenanjung sangat berbeza.

Adalah diakui untuk sementara, Muafakat Nasional telah mengoncang politik Semenanjung, tetapi ianya dirasakan belum sampai ke Sabah secara nyata, walaupun maklumat mengenainya sudah diketahui, kerana sumbangan harus maklumat tanpa sempadan.

Namun, hakikat yang tidak boleh diketepikan, PRK Kimanis, adalah pertembungan personaliti calon bertandingi yang menjadi faktor pilihan pengundi berbanding parti.

Untuk sementara, Datuk Karim Bujang daripada Parti Warisan akan bertanding semula, memandangkan kerana tindakan beliau melakukan petisyen pilihanraya, maka menjadi penyebab kepada PRK. Di lain pihak pula, apa kah Datuk Anifah Aman akan bertanding? jika berlaku pertembungan dua calon ini, maka akan terlihat siapa bukti siapa!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808