HAKIKAT perlu diterima, meskipun satu negara, politik antara dua wilayah ini sangat berbeza
Tidak boleh dianggap jika pendekatan politik digunapakai di Semenanjung dan di terima, oleh 3 kaum di Semenanjung, juga pendekatan yang sama di Sabah dan disimpulkan juga diterima oleh rakyat Sabah.
Contoh klasik adalah pendekatan politik Semenanjung yang digunapakai semasa menentang PBS, tidak pernah berjaya. PBS hanya tumbang kerana pembelotan wakil rakyat.
Demikian juga, pada PRU-14, kerana tsunami politik di Semenanjung, tidak juga dapat menumbangkan kerajaan BN Sabah. Kerajaan Bn Sabah hanya tumbang kerana pembelotan.
Bukti mutakhir, apabila 3 PRK di Semenanjung, Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau semua dimenangi calon BN termasuk merampas kerusi DUN Semenyih daripada PH, namun di PRK Sandakan, sokongan pengundi Sabah terhadap calon PH luar biasa, apabila undi majoriti calon PH jauh lebih tinggi berbanding undi parti lawan. Undi PH 16,012 (75.02% undi popular), manakala undi GBS 4,491 (21.04% undi popular) atau majoriti 11,521 lebih 2 setengah kali ganda.
Terbukti lagi pada PRK Tg Piai, bahawa kecenderungan pengundi antara Sabah dan Semenanjung berbeza. Sementara di Sandakan PH menang bergaya, di Tg Piai kalah teruk, sedangkan komposisi kaum antara dua kawasan itu hampir-hampir sama.
Melihat kepada keupayaan Muafakat Nasional (MN) mutakhir ini, jika diambilkira kejayaan dalam PRK, maka di Semenanjung telah berlaku perubahan politik yang sangat nyata. Menerusi perubahan itu, maka pemimpin Umno Sabah juga menganggap, bahawa ianya serupa akan berlaku di Sabah, dan yakin akan merampas semula kerajaan Sabah pada PRU-15. Pemimpin yang berhujah demikian, adalah pemimpin yang kalah teruk semasa PRU-14 yang mewakili BN di kawasan yang sepatutnya wilayah BN, tetapi BN mengalamai kekalahan teruk sekali.
Mengimbaui kembali latar belakang politik Sabah, belum ada parti yang kalah dalam pilihanraya bangkit semula, termasuk PBS. PBS dapat menyertai semula kerajaan, kerana terpaksa buat U-turn untuk kembali bersama-sama BN.
Apa kah ada pengecualian terhadap sejarah politik Sabah, dan pengecualian itu adalah menerusi Parti Umno Sabah?
Bagi pendapat penulis, tidak mudah mengubah sesuatu kebiasaan. Tidak dinafikan, Umno dan sekutunya mungkin menang beberapa kerusi, seperti yang berlaku pada PBS pada PRN tahun 1999, selepas khilangan kerajaan pada tahun 1994. PBS menang 17 kerusi daripada 48 yang dipertandingkan.
Secara mata kasar selepas pasca PRU-14, tiada lagi kawasan yang boleh dimenangi calon-calon Umno. Di Pantai Timur, termasuk Tawau, akan kosong, di Pantai Barat dan pantai Barat utara juga kosong, di pedalaman, mungkin Parlimen Kinabatangan, kerana faktor calon, jika Datuk Bung Moktar Radin masih bertanding.
Isu dalam Umno Sabah, tiadanya pemimpin yang boleh dianggap sebagai sandaran rakyat, pemimpin yang masih bersama-sama parti itu, adalah pemimpin yang bersifat selebiriti, enak ditonton kerana menghiburkan, tetapi mereka kurang khraisma menarik sokongan rakyat secara umum.
Politik Sabah mudah diduga. Apabila menolak sesebuah parti, maka akan menolaknya, kecuali parti itu mengubah secara total pendekatnya. Melihat cara Umno Sabah bergerak, ianya seperti dulu-dulu juga. Parti itu, kurang mengambilkira, bahawa penyokong sudah berpindah, khususnya kepada Warisan dan Bersatu (PPBM). Memang di atas kertas Umno Sabah masih mempunyai keahlian lebih 500 ribu, tetapi pada masa yang juga Warisan mempunyai keahlian lebih 200 ribu, demikian PPBM. Mungkin berlaku triple keahlian... Sokongan hanya boleh dilihat menerusi pilihanraya!!!.