Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KEMELUT KETUA MENTERI SABAH- APA KAH PERLEMBAGAAN NEGERI DICABUL?

$
0
0
MAHKAMAH Rayuan Kota Kinabalu akan mendengar rayuan pada 28 November apa kah Perlembagaan Negeri Sabah dicabul apabila TYT Sabah melantik individu lain ke jawatan Ketua Menteri, sedangkan perlantikan sebelumnya masih sah. 

Pada 7 November, 2018, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengunapakai Perlembagaan Perak atau isu Perak untuk mengsahkan tindakan TYT Sabah melantik Datuk Shafie Apdal ke jawatan Ketua Menteri pada malam 12 Mei, 2018, sedangkan TYT yang sama juga telah melantik Tan Sri Musa Aman pada jawatan yang sama pada malam 10 Mei,2018. 

Perlantikan Musa, ekoran keputusan PRU-14 yang berpihak kepada parti yang beliau terajui Barisan Nasional. 

Pada 28 November ini, Musa turut diwakili mantan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Anantham Kasinather, manakala Ketua Penguambela ada Tengku Fuad Tengku Ahmad. 

Rayuan Musa semata-mata untuk menghormati Perlembagaan Sabah, tidak lebih daripada itu. 

Mahkamah Rayuan akan memutuskan apa kah Perlembagaan Negeri masih berkuatkuasa, kerana jika masih berkuatkuasa, maka dengan sendirinya Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini akan terbatal. 

Rayuan Musa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, berasaskan kepada kandungan Perlembagaan Sabah sendiri yang menguraikan, bahawa mana-mana parti yang mempunyai kerusi terbanyak, maka akan membentuk kerajaan. Perlembagaan negeri ‘senyap” berkaitan pemimpin yang mempunyai sokongan teramai di luar sidang Dewan Undangan Negeri. 

Isi kandungan Perlembagaan jelas, tidak menggunapakai “budibicara” di luar kuasa Dewan Undangan Negeri, untuk menentukan apa kah sesebuah kerajaan atau Ketua Menteri hilang sokongan. Penentuan hilang sokongan, hanya menerusi undi di Dewan Undangan Negeri, semasa sidang DUN sedang bersidang. 

Bagi kes Sabah, sesuai dengan Perlembagaan Sabah, seseorang Ketua Menteri akan terlucut jawatan apabila berlaku kematian, atau meletakkan jawatan atau diundi tidak percaya di DUN semasa DUN sedang bersidang. 

Pada 28 November nanti, Datuk Anantham akan membantu mahkamah menguraikan berkaitan kandungan Perlembagaan Sabah dan akibatnya, jika kandungan perlembagaan tidak dituruti atau dicabuli. 

Hakim mahkamah Rayuan akan melihat, bahawa selain Musa telah mengangkat sumpah jawatan, kabinet beliau pun sudah mengangkat sumpah jawatan, malah Mesyuarat Pertama Kabinetpun sudah dilaksanakan. 

Perlantikan Musa sebagai Ketua Menteri selain mewakili Parti yang menang kerusi terbanyak, juga mendapat sokongan parti STAR yang membolehkan jumlah kerusi mempunyai majoriti mudah di DUN Sabah, iaitu 31 berbanding yang menyokong Shafie 29, yang terbahagi kepada Warisan 21, DAP 6 dan PKR 2. Sama-sama kita tunggu keputusan Mahkamah Rayuan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808