PENDEKATAN politik berubah-ubah sesuai dengan keadaan masa. Politik itu sendiri tidak kaku, ianya disesuaikan dengan aspirasi rakyat.
Parti UPKO telah menukar halatuju, kerana menurut parti itu untuk menyahut senario politik semasa.
Contoh pragmatik, perubahan politik tanah air, apabila Tun Dr Mahathir dapat bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, sesuatu yang sukar difikirkan. Namun, demi politik, maka ianya berlaku. Politik itu sendiri tidak bermakna, jika tidak bercakap berkaitan jumlah atau angka, kerana permainan politik yang menggunakan demokrasi sebagai medan, tidak mengenal warna, akan tetapi hanya mengenal angka atau numbers!!!.
Demikian juga perpaduan ummah antara Umno dan Pas kemudian dikembangkan kepada Muafakat Nasional, tidak terfikirkan sebelum ini, walaupun jalan ke arah itu bermula sejak PRU-12 (PRU 2008) menerusi Kerajaan Perpaduan (Unity Government) namun tidak dapat direalisasikan kerana tidak dipersetujui oleh Allahyarham Dato Seri Nik Aziz Nik Mat- Mursidul Am Pas.
Akibat Pasca PRU-14, senario politik Sabah turut berubah, dan perubahan itu dikenalpasti oleh mantan-mantan pemimpin Umno yang keluar beramai-ramai pada 12 Disember,2018.
Para pemimpin itu, telah mengantispasi, bahawa Umno akan berubah secara total, dan diperkirakan akan kembali pada asas penubuhan parti itu, iaitu untuk kaum melayu, dengan motto, Demi Agama dan Tanah Air (ABATA). Berasaskan keadaan ini lah Timbalan Ketua Bersatu Sabah-Datuk Masidi Manjun berhujah semasa Jelajah parti anjuran PPBM Kota Kinabalu, pada 24 November lalu, bahawa Umno tidak lagi inklusif.
Mereka yang menyanggah kenyataan Masidi itu, sebenarnya bergelut dengan penafian, sedangkan fakta dan kebenaran benar-berlaku.
Umno terpaksa berubah halatuju pada tahun 1990, kerana keputusan parti itu mengembangkan sayap ke Sabah dan menerima keahlian di luar agama islam. Memang, UMNO menjadi teraju kerajaan Negeri Sabah daripada tahun 1994 sehingga 10 Mei, 2018, namun kehilangan kerajaan 2 hari kemudian kerana pembelotan.
Hakikat perlu diterima, bahawa Umno pada PRU-14 banyak kehilangan kerusi yang berjaya dirampas oleh Parti warisan Sabah-Parti Berbilang Kaum.
Pendekatan UMNO sekarang ini, sudah lari daripada pendekatan tahun 1990 atau tahun 1991. Kerana perubahan itu, ianya tidak lagi sesuai di Sabah yang mempunyai lebih 36 suku bangsa dan agama.
Oleh kerana perubahan semasa Umno, maka jika terus bertapak di Sabah, akan mencontohi USNO, sehingga dibubarkan tidak lagi bangkit-bangkit.
Sejarah politik Sabah tidak boleh dinafikan, ianya akan berterusan sampai bila-bila. Boleh sahaja meneggakkan benang basah, untuk kelihatan relevan, tetapi hakikat perlu diterima, politik Sabah sudah berubah!!!.