DALAM politik tiada yang kekal, kerana dunia politik penuh dengan kemungkinan.
Telah 18 bulan pertukaran kerajaan daripada BN kepada PH, akan tetapi suasana politik tidak pernah reda, malah semakin meruncing.
Di pihak PH, asyik dengan peralihan kuasa. Datuk Seri Anwar tidak sabar-sabar mengambil alih. Keterujaan Anwar itu, ditandai dengan langkah PRK Port Dickson, seorang MP PKR terpaksa mengosongkan kerusi semata-mata untuk Anwar masuk Parlimen. Kalau lah Anwar sabar sedikit, maka tidak perlu seorang MP PKR mengosongkan kerusi, kerana beliau boleh sahaja menjadi calon pada PRK yang terpaksa diadakan kerana kekosongan akibat kematian penyandang.
Kekucar kaciran PH, nampak sangat apabila ADUN Sungai Pelek, Selangor Ronnie Liu daripada DAP menyuarakan agar PH membuat gabungan baharu tanpa Bersatu. Suara itu adalah isyarat untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir daripada kerusi Perdana Menteri. Menurut ADUN Sungai Pelek itu, PKR, DAP, Amanah, Warisan dan UPKO boleh membentuk kerajaan Persekutuan dengan majoriti mudah kerana mempunyai 113 daripada 222 kerusi parlimen.
Perlu diingat, menerusi Perlembagaan Persekutuan, seseorang Perdana Menteri hanya memerlukan sokongan majoriti mudah MP dan mendapat perkenanan Agong, tidak semestinya seorang Perdana Menteri mewakili parti yang mempunyai kerusi terbanyak, walaupun tradisi ini diamalkan semasa era Barisan Nasional.
Senario politik sekarang, Tun Dr Mahathir bukan sahaja mendapat sokongan sebahagian besar MP PH, akan tetapi juga MP pembangkang, khususnya daripada PAS, malah MP UMNO, meskipun tidak terang-terangan (kecuali 6 MP), manakala GPS-Sarawak bebas, belum membuat pendirian, demikian juga GBS-Sabah.
Sebelum ini, surat khabar Cina- Sin Chew Daily ada membuat laporan, bahawa Tun Dr Mahathir disokong 100 MP untuk kekal sebagai Perdana Menteri, manakala Anwar 95 tidak termasuk GPS-19 dan Warisan-9. Dalam senario demikian, mana-mana pihak sahaja disokong GPS dan Warisan akan mempunyai majoriti mudah.
Jika benarlah ada usaha dalaman daripada PH, untuk menyingkirkan Bersatu, maka Bersatu boleh sahaja membuat gabungan baharu dengan UMNO-38, PAS-18, GPS-19, GBS-3, MCA-1 dan MIC-1, Bersatu-26, namun hanya berjumlah 106, kurang 6 kerusi mencapai 112 (syarat majoriti mudah). Dalam senario demikian, kumpulan Dato Seri Azmin Ali akan menjadi penentu (king maker).
Keputusan PRK Tg Piai, akan membuka jalan perubahan politik tanah air. Jika calon PH tewas, akan menjadi katalis kepada kumpulan Anwar untuk mendesak peralihan kuasa dengan kadar segera, kononnya sebagai penyelamat kepada Kerajaan PH, manakala dilain pihak pula, melihat bahawa kaum terbesar di Malaysia perlu membentuk kerajaan untuk menyelematkan kekalutan politik. Senario lah yang mempermudah Kerajaan Pintu Belakang!!!.
Hakikat yang perlu diterima, jika calon PH kalah di PRK Tg Piai, bukan bererti, Bersatu ditolak, akan tetapi, berlakunya sabotaj?... lagi pun dalam tempoh 3 hari kempen, sudah terdengar rungutan daripada 10 PDM yang dimenangi PH pada PRU-14 yang membolehkan calon parti itu menang, telah berlaku perubahan atau swing, akibat berbagai isu yang tidak berjawab.
Parlimen Tg Piai mempunyai 27 PDM, 17 PDM dimenangi calon BN pada PRU-14 yang merupakan kawasan majoriti melayu.
Walaupun, senario politik tanah air masih tidak menentu atau tidak stabil, hanya masa menentukan, sebelum PRU-15.