Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

REALITI POLITIK TANAH AIR

$
0
0
TIDAK dapat disangkal bahawa realiti politik tanah air telah berubah. Perubahan pertama apabila DAP, Amanah dan PKR dengan Tun Dr Mahathir dapat bekerjasama. Kerjasama itu telah berjaya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang berusia lebih 60 tahun yang diterajui parti pre merdeka yang masih bertahan-UMNO. 

Sebelum ini, Parti Golkar, Kongress India, LDP Jepun telah kehilangan kerajaan. Daripada 3 parti itu, hanya Golkar tidak pernah bangkit lagi. 

UMNO cuba bangkit menerusi pendekatan baharu menerusi Muafakat Nasional dengan PAS, musuh tradisi parti itu berdekad lamanya. 

PRK Tg Piai adalah ujian pertama Muafakat Nasional, selepas kerjasama pengenalan pada PRK Cameron Highlands, Semenyih dan Rantau. Untuk rekod, meskipun kerjasama BN dan Pas hanya diperingkat pengenalan pada 3 PRK itu,terbukti membawa kemenangan. 

Pakatan 4 pihak, PKR, DAP, Amanah Tun Dr Mahathir (Bersatu) yang berjaya membuat kejutan,  merupakan perubahan besar dalam senario politik negara. Malangnya perubahan politik itu membawa kepada isu baharu, khususnya yang terkait dengan kaum terbesar kaum melayu dan islam.

Bahang tercabarnya kaum melayu, sehingga terpaksa mengadakan Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober yang dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir sendiri. Sebelum kongress itu berbagai pihak daripada parti-parti Pakatan Harapan (bukan daripada Bersatu) melarang kehadiran Tun pada Kongres tersebut, namun PM-7 itu menggunakan alasan, kehadiran beliau kerana status beliau sebagai pemimpin melayu. 

PRK Tg Piai, menjadi medan menggunakan kaum, malangnya bukan daripada BN, akan tetapi daripada PH. Kenyataan Lim Guan Eng dan Salahuddin Ayub, bahawa jika Umno dan Pas disokong rakyat memerintah negara, maka akan berlaku penindasan kepada kaum bukan melayu dan bukan islam. Sedangkan fakta dalam negara ini, selepas terbentuknya Barisan Nasional pada tahun 1973, tidak berlaku sebarang penindasan kepada kaum bukan melayu dan bukan islam, sebaliknya yang berlaku adalah terhadap kaum melayu dan islam seperti peristiwa Mamali.

Pendekatan mengunakan kaum adalah realiti politik tanah air, hanya kerana mahu mempertahankan kuasa. Selagi kuasa adalah tujuan, mempolitikkan kaum tidak akan berhenti di negara ini, kerana suka atau tidak itu lah realitinya. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808