Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK TG PIAI- KESAN SABOTAJ LAWAN MERAJUK

$
0
0
TIDAK pasti sejauh mana kesan sabotaj atau merajuk pada PRK Tg Piai. Calon yang berhadapan dengan sabotaj adalah calon PH, manakalah yang berhadapan dengan merajuk adalah calon BN. 

Antara sabotaj dan merajuk, sabotaj lah lebih banyak kesan, kerana mempunyai matlamat tertentu, sedangkan merajuk hanya berbentuk perasaan sementara. 

Di pihak PH, ada pihak dalam pakatan itu, mahu calon daripada Bersatu kecundang, untuk mempercepat peralihan kuasa Perdana Menteri. Pihak BN telah menghidu keadaan ini, dan para jurukempen Muafakat Nasional mengeksplotasi keadaan. Demikian juga isu merajuk, pihak PH juga mengambil peluang. Namun isu ini, hanya isu sementara dan akan pudar menjelang 2-3 hari sebelum pembuangan undi sebenar pada 16 November. 

Pengundi Parlimen Tanjung Piai akan ke peti undi membawa perbandingan antara sebelum PRU-14 dan pasca PRU tersebut, kerana semua isu yang di bawa semasa PRU-14 masih segar dalam ingatan masing-masing kerana hanya berlalu 18 bulan lalu. 

Kempen di lapangan- BN mempergunakan semaksium mungkin kegagalan PH menunaikan janji Manifesto, kerana memangpun manifesto “tidak mampu ditunaikan” sepertimana pengakuan Tun Dr Mahathir sendiri, selain itu isu-isu ekonomi yang melanda negara seperti kenaikan kos sara hidup, isu menurunnya harga sawit, menjunamnya pasaran saham, rendahnya dividen tabungan Lembaga Tabhung Haji, menjunamnya pulangan kepada tabungan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, selain kerugian besar Khazanah Nasional, penjualan aset-aset negara, menguncupnya nilai dagangan antarabangsa, isu PTPTN, isu tol dan sebagainya. 

PH dalam keadaan depensif lumahnya sebuah kerajaan, sedangkan pihak lawan bebas sebebasnya menyerang, seperti mana dialami kerajaan BN sebelum kehilangan kerajaan. 

BN bagaikan singa terluka, selain kemampun para juru kempen menyesuaikan diri sebagai pembangkang, malah kehebatan ditambah dengan pengetahuan data dan fakta yang cukup. 

Dalam tempoh kempen, samalah dengan keadaan sedang berperang, masing-masing bukan sahaja mahu menang pertarungan juga mahu menang peperangan sekaligus. Dalam keadaan begini, pendekatan one-to-one merupakan strategi jitu, ertinya semakin ramai pengundi ditermui secara bersemuka, maka membuahkan ikatan “sementara” yang boleh mempengaruhi pendirian sebelum melangkah ke peti undi. 

Pada PRK kali ini, pihak mana yang menang akan ditentukan oleh kekuatan jentera masing-masing sehingga ke saat-saat akhir, kerana pengundi dalam keadaan bercelaru bersama perasaan dan keadaan masing-masing yang dilalui sejak 18 bulan lalu. Walaupun demikian, secara amnya, PRK kali ini membawa dua mesej- litmus test bagi Muafakat Nasional dan refendrum kepada PH.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808