Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK TG PIAI- BETUL KAH ANTARA PH DAN BN PUNYA PELUANG SEIMBANG?

$
0
0
Calon-Calon PRK Tg.Piai
APA yang pasti, PRK Tanjung Piai adalah pertembungan antara PH dan BN, walaupun ada 4 calon mencuba nasib.

Maklumat awal di lapangan, keadaan kini, jauh berbeza dengan keadaan menjelang PRU-14. Ada sesetengah pihak mengatakan, bahawa keadaan di kawasan parlimen itu khasnya dan umumnya di Johor kembali pada mood semasa Bn sedang dalam jaya-jayanya.

Parlimen Tanjung Piai adalah salah satu daripada 30 kawasan campuran, yang mempunyai pengundi melayu sedikit di atas 50% yang menyebabkan Bn tewas dalam PRU-14, kerana kawasan-kawasan ini ditawan oleh PH.

Penulis tidak pasti sebab mengapa mood pengundi di kawasan itu kembali kepada mood tersebut, kerana ianya hanya bersifat andaian dan tidak dapat dikuantitaifkan.

Apa yang jelas, jika ditinjau mengapa kawasan seumpama ini menyebabkan Bn kalah pada PRU-14, kerana isu-isu nasional yang menyelebungi pengundi yang tidak bermastautin di kawasan-kawasan sedemkian, yang mana jumlah itu signifikan mengubah keputusan. Kerana dikatakan bahawa mood sekarang sudah kembali semasa era Bn, ada lah tidak pasti, apa kah perubahan mood ini, kerana isu nasional juga?

Kerana perubahan mood pengundi, maka menjadikan PRK Tg Piai seronok untuk diikuti, kerana ianya boleh menjadi penanda aras kepada senario politik pasca PRU-14.

Kalau dilihat atas kertas, berasaskan PRU-14, peluang antara PH dan BN memang seimbang, namun jika berlaku swing sedikit sahaja kepada salah seorang calon, maka calon itu lah yang bakal menang. Swing pengundi, sangat bergantung pada jentera masing-masing dalam tempoh berkempen. Ertinya jentera yang dapat menembusi semua pengundi mempunyai peluang untuk menang.

Pihak yang menang, jika diibaratkan dalam permaian bolasepak, pihak mana yang menggunapakai "total football" itu lah yang bakal menang. Masa kempen seperti perang sebenar, yang menggunapakai mesti menang pertarungan dan peperangan sekaligus.

PH sudah tentu cukup logistik berbanding BN, kerana status sebagai Kerajaan Persekutuan dan Negeri, selain setiap jurukempen khususnya para menteri mampu mengumumkan berbagai projek, berbanding BN yang hanya bersandarkan kepada "janji mulut". Jika pengundi mempertimbangkan material sudah tentu memilih calon PH, namun tidak semestinya demikian, kerana pengundi telah membuktikan pada PRU-14, pengundi membuat keputusan sebaliknya.

Walau apa pun, sama-sama kita tunggu keputusan pengundi Tg Piai, pihak mana yang mereka mahu mewakili mereka di Dewan Rakyat.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808