SEPERTI pada PRU-14, pada PRU-15 juga kita akan menyaksikan, pilihan rakyat, apa kah mereka menyokong parti atau calon atau kombinasinya.
Pada PRU-14, Bn mendapati di kawasan-kawasan tertentu, rakyat memilih kerana faktor calon, faktor parti dan kombinasi antara calon dan parti.
Manakala pada parti lawan, boleh disifatkan kerana faktor parti, sebab itu, ramai calon yang belum mempunyai nama dalam arena politik, menang dalam pilihan raya tersebut.
Manakala pada parti lawan, boleh disifatkan kerana faktor parti, sebab itu, ramai calon yang belum mempunyai nama dalam arena politik, menang dalam pilihan raya tersebut.
Senario PRU-15, berbeza dengan senario PRU-14, kerana parti Umno yang telah menjadi tunjang kerajaan negeri sejak tahun 1994, kehilangan ramai pemimpin, selain itu, bukan parti kerajaan lagi.
Politik Sabah cukup pragmatik, tidak sama dengan politik Semenanjung, sebab itu, pada PRU-13, Bn kehilangan banyak kerusi dan undi popular di Semenanjung, akan tetapi belum menular ke Sabah.
Pada masa kini, muafakat antara Umno dan Pas, sangat terasa di Semenanjung, apa kah di Sabah juga demikian?
Ada yang menganggap, bahawa senario politik di Semenanjung, tidak akan menular ke Sabah, kerana latar belakang politik Sabah yang berbeza.
Mungkin melihat kepada latar belakang politik yang berbeza, maka para pemimpin parti yang mewakili kerajaan atau yang bersekutu dengan kerajaan, mengambil pendekatan sambil lewa, merasa yakin, bahawa parti yang mereka pimpin atau mereka sendiri jika dicalonkan pada PRU akan tetap menang, kerana tiadanya saingan.
Mungkin para pemimpin kerajaan atau mereka yang bersekutu dengan kerajaan melihat tradisi politik Sabah, bahawa rakyat mempertahankan kerajaan sekurang-kurangnya dua penggal, seperti mana kerajaan parti USNO, Parti Berjaya dan Parti PBS. Parti Bn yang ditunjangi Umno dapat bertahan lebih 2 penggal, kerana tiadanya parti tempatan yang kuat.
Untuk masa ini, di Sabah, dikatakan tiada parti yang kuat, meskipun masih ada Umno dan PBS sebagai parti pembangkang.
Untuk masa ini, di Sabah, dikatakan tiada parti yang kuat, meskipun masih ada Umno dan PBS sebagai parti pembangkang.
Mungkin, melihat kepada senario tiada parti tempatan yang kuat, maka para pemimpin parti yang mewakili kerajaan atau yang bersekutu dengan kerajaan, mengambil pendekatan sambil lewa, merasa yakin, bahawa parti yang mereka pimpin atau mereka sendiri jika dicalonkan pada PRU akan datang, akan tetap menang, kerana kurangnya saingan.
Melihat latar belakang politik Sabah, rakyat Sabah boleh berubah dalam masa yang singkat, seperti mana berlaku pada PRU-14. Pada PRU tersebut, tiada yang menyangka keputusan demikian, meskipun rata-rata pemimpin masa itu merasakan ada saingan daripada parti lawan.
Menjelang PRU-15, jangan salah sangka, air tenang tiada buaya, kerana rakyat Sabah boleh sahaja memilih parti yang disangka tidak kuat.