Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

HUBUNGAN PPBM SABAH-PUSAT SEMAKIN ERAT

$
0
0
PPBM Sabah (Bersatu) hanya dilancarkan pada 6 April, 2019. Walaupun hanya berusia 6 bulan, akan tetapi sambutan rakyat Sabah cukup baik dan menerojakan. Kerana sambutan yang sangat baik tersebut, para pemimpin tertinggi parti, berkunjung lagi, untuk memberi semangat selain mengheratkan hubungan antara pucuk pimpinan pusat dan badan kepimpinan negeri yang diketuai oleh Datuk Hajiji Haji Noor.

Hingga setakat ini, kehadiran PPBM ke Sabah hanya untuk memperkukuhkan Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah pimpinan Datuk Shafie Apdal, kerana tiada seorangpun wakil rakyat daripada itu dilantik sebagai anggota kabinet, lantikan ke jawatan-jawatan politik atau pengerusi syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.

Sejak penyeretaan para wakil rakyat bebas Sabah ke dalam PPBM, untuk sementara waktu, tiada seorangpun diberi peranan termasuk di peringkat Persekutuan.

Hakikatnya, jawatan politik, merupakan pendokong kepada para wakil rakyat meneruskan kerja-kerja politik, kerana menerusi jawatan sedemikian, setidak-tidak wakil rakyat yang dilantik tersebut dapat membantu gerak kerja parti, di semua peringkat. Tanpa jawatan, seorang wakil rakyat, bukan tidak dapat bergerak, akan tetapi gerakan terhambat, kerana kekangan dana dan kuasa.

Adalah diharapkan, lawatan Pengerusi PPBM yang juga Perdana Menteri ke Sabah kali ini, membawa berita gembira kepada para wakil rakyat Sabah khususnya daripada PPBM, termasuk memberi mereka peranaan untuk memperlicin gerak kerja mereka di kawasan masing-masing khasnya dan amnya di peringkat negeri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808