Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PRK TANJONG PIAI- APA YANG MAHU DILIHAT?

$
0
0
SEBELUM PRU-14, PRK Telok Intan dimenangi Bn. Pada PRU-13, parlimen itu dimenangi calon DAP. Pada PRU-14 pula kawasan itu dimenangi DAP semula dengan majoriti hampir 40 kali ganda. Sebelum ini, di Selangor berlaku juga PRK Ijok, yang dimenangi Bn, pada PRU berikutnya, kawasan Dun itu, dimenangi calon Pakatan Rakyat (PR) dengan majoriti berkali ganda.

Selepas PRU-14, ada 3 PRK di Semenanjung di menangi BN, dua mempertahankan kawasan, iaitu Parlimen Cameron Highland, dan Dun Rantau, manakala yang satu lagi merampas kawasan yang dimenangi PH pada PRU-14, iaitu Dun Semenyih. 

Sebenarnya, tiada yang perlu digambarkan menerusi pilihan raya kecil (PRK), kerana pilihan raya umum (PRU) keadaannya berbeza. Pada PRU yang dipertaruhkan adalah parti mana menubuhkan kerajaan, baik Persekutuan mahupun negeri. Manakala PRK, tidak mengubah status quo. 

Biasanya, jika kerusi parti yang memerintah kalah pada PRK, ianya membawa makna, sebagai isyarat rakyat kepada kerajaan untuk menunaikan janji-janji semasa pilihan raya, atau kerajaan perlu berbuat sesuatu tentang pemasalahan yang dihadapi rakyat di kawasan tersebut. Tentang, parti mana, yang akan menawan kerusi pada PRU, tiada kepastian, kerana pertimbangan pengundi berbeza antara PRK dan PRU. 

Berdepan dengan PRK Tanjong Piai, Johor yang bakal diputuskan pada 1 Oktober, berkaitan tarikh PRK tersebut, pengundi, akan membuat dua keputusan, apa kah memberi isyarat kepada kerajaan dengan mengundi parti lawan, atau pengundi kawasan itu akan menunjukkan, bahawa kawasan itu adalah wilayah Pakatan Harapan, tanpa mengira sebarang isu yang dihadapi rakyat dan negara. 

Bagi parti lawan pula, jika calon mereka menang, maka ianya menjadi bahan “marketing” mereka bahawa muafakat nasional (antara Umno dan Pas) diterima rakyat, maka dengan itu, mereka akan menjadi pencabar utama kepada PH pada PRU-15. Pada masa yang sama juga, PH perlu bertindak untuk menunaikan janji-janji mereka, kerana jika gagal, maka rakyat akan menghukum mereka. 

Hakikatnya, tiada kerajaan yang tidak mahu menunaikan janji, kerana janji merupakan penanda aras kepada sesebuah kerajaan. Janji adalah faktor yang boleh dipegang oleh rakyat, dan ianya sebagai penanda aras kepada kerajaan. Jika janji, tidak dapat ditunaikan, maka alasan yang munasabah perlu diberikan, iaitu alasan yang berasaskan fakta dan data. Pada masa ini, alasan tidak boleh diberikan, hanya berasaskan hujah politik, kerana maklumat, sungguh mudah diperolehi. Jika kerajaan cuba membuat pernyataan politik, tidak berasaskan perkara sebenar, maka rakyat akan merasa muak, lalu menghukum kerajaan pada PRU. 

Menerusi PRK Tanjong Piai, bukan mahu melihat, apa kah PPBM terus diterima rakyat (Parlimen itu bakal ditandingi calon PPBM, kerana Allahyarham Datuk Dr Md Farid Md Rafik adalah pemimpin parti itu), akan tetapi rakyat mengundi nanti, berasaskan dua pertimbangan seperti mana disebutkan pada awal artikel ini. 

Apa pun keputusan PRK ini, tidak menggambarkan apa-apa, dan ianya juga bukan penanda aras pada PRU-15, kecuali pembangkit semangat bagi dua parti yang berlawan- PH dan Muafakat Nasional (MN).

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808