1. REKOD keluasan hutan Sabah pada tahun 2002 adalah 838 ribu hektar. Lima belas tahun kemudian, keluasan itu meningkat kepada 1.87juta hektar. Peningkatan ini, merupakan jawapan kepada dakwaan, kononnya, di era Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri, berlakunya pembalakan yang tidak terkawal.
2. Selain itu, kegiatan pembalakan berskala besar Kerajaan Negeri telah diberhentikan sepenuhnya di tiga kawasan utama iaitu Ulu Segama, Malua dan Kalumpang pada 2007. Pemberhentian ini walau pun telah mengurangkan pendapatan Kerajaan Negeri sebanyak RM1 bilion dalam bentuk royalti balak, tetapi ia telah menyelamatkan 240,000 hektar kawasan di bawah Pengurusan Hutan Lestari, pemuliharaan habitat orangutan dan koridor hidupan liar yang lain.
3. Serentak dengan itu kerajaan negeri memperkenalkan pengurusan hutan secara mampan (SFM) dimana 53% daripada keluasan negeri Sabah atau 3.9 juta hektar diletakkan sebagai rizab hutan, kawasan perlindungan dan kawasan pemuliharaan hidupan liar. Manakala, 30% atau 2.2 juta hektar dijadikan kawasan Perlindungan Hutan Sepenuhnya (Totally Protected Areas); ini termasuklah Maliau Basin dan Danum Valley. Pendekatan ini selaras dengan ketetapan yang diwajibkankan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk konservasi Alam semulajadi (IUCN).
4. Di era kerajaan lalu, walaupun pengguna media sosial kerap berkongsi lori-lori balak mengangkut kayu-kayu bulat, akan tetapi, lori-lori itu bukan daripada Sabah, akan tetapi daripada kawasan lain, seperti Papua New Guinea (PNG) atau negara jiran, Indonesia.
5. Pada Julai 2018, Kerajaan Baharu Sabah telah mengaktifkan semula Jawatankuasa Pembenterasan Pembalakan Haram di Jabatan Ketua Menteri, selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Hutan 1968, namun apa yang berlaku selepas itu, jalan-jalan di Sabah terutama di kawasan pedalaman di mana hutan kekal berlokasi, siang malam di dapati lori-lori balak mengangkut kayu-kayu bulat yang lurus-lurus, yang biasa jenis kayu seumpama ini, hanya di dapati di hutan-hutan dara.
6. Pada akhir bulan Julai sehingga awal bulan Ogos, Sabah digemparkan dengan sebuah lori bermuatan kayu bulat terbalik di jalan Sepulut, sehinggakan didapati puluhan lori mengangkut balak tersekat. Ekoran kejadian itu, Pengarah Hutan Sabah, terpaksa membuat kenyataan, bahawa kayu-kayu adalah milik syarikat-syarikat yang mempunyai konsisi membalak, selain milik Yayasan Sabah. Malah salah seorang pengurus syarikat konsisi membuat kenyataan, bahawa kayu-kayu yang ditebang itu berasal daripada kawasan konsisi mereka.
7. Sebaik Kerajaan Sabah bertukar, Datuk Shafie Apdal telah mengumumkan, bahawa eksport kayu bulat telah dihentikan, sebaliknya, kayu-kayu yang ditebang, hanya untuk indutsri tempatan. Memandangkan jumlah kayu bulat yang ditebang cukup banyak jumlahnya, sedangkan belum ada pengwujudan kilang-kilang memproses yang baharu, maka ada lah cukup diragui kemana kayu-kayu itu di hantar?
8. Melihat kepada kerapnya lori-lori balak di dapati di jalan-jalan Sabah sejak akhir-akhir ini, maka adalah tanggungjawab kerajaan Sabah hari ini, untuk memberi penjelasan, apa kah polisi pembalakan Sabah telah berubah? Jika telah berubah, maka mencapai 30% keluasan hutan kekal daripada land mass negeri, tidak akan tercapai pada tahun 2025.
9. Jika polisi pembalakan Sabah berubah, maka rakyat Sabah perlu diberi tahu, bahawa era Tan Sri Musa sebagai Ketua Menteri, merupakan era konservasi hutan Sabah yang amat berjaya, bukan era penebangan hutan seperti mana dakwaan para pemimpin kerajaan sekarang, semasa mereka sebagai pembangkang.