Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

KEDUDUKAN TUN DR MAHATHIR KUKUH

$
0
0
MEMANG betul, kedudukan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri pada prinsipnya kerana sokongan parti PH dan Warisan, namun kini, termasuk juga daripada Umno, Pas dan GPS.

Tiga parti pembangkang itu berpandangan, biarlah Tun meneruskan jawatan Perdana Menteri sehingga tamat penggal.

Daripada PH, hanya PKR yang mendesak, berlakunya penyerahan jawatan Perdana Menteri sebelum tamat tempoh, yang dijadualkan pada Mei,2020, walaupun tarikh itu tidak tertulis di mana-mana dokumen rasmi kesepakatan antara parti dalam PH.

Sejak akhir-akhir ini, berbagai peringkat dalam PKR, termasuk Ketua-Ketua Cabang (197) daripada seluruh negara menyokong DSAI sebagai PM-8, tanpa tarikh yang ditetapkan, manakala OTAI REFORMASI mendesak, agar ada tarikh perlantikan Anwar sebagai PM-8.

Jika diambil kira, jumlah MP PKR ada lah 42, termasuk Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin; jumlah itu jika pun menarik sokongan mereka terhadap Tun, kedudukan Tun sebagai Perdana Menteri tidak tergugat, kerana masih disokong lebih separuh daripada 222 ahli parlimen.

Dalam keadaan sekarang, jika di lihat senario yang sedang berlaku, perlantikan PM-8 tidak akan terealisasi, sehingga lah penggal ke-14 ini tamat.

DSAI jika pun akan dilantik sebagai PM-8, maka jawatan itu, perlu beliau perolehi melalui PRU-15, bukannya hanya menyambut baton secara percuma, atau hadiah kepada beliau.

Tun perlu diberi peluang sehingga tamat penggal, sebagai hadiah kepada beliau, kerana atas ketokohan beliau, maka PH boleh menerajui Kerajaan Persekutuan.

Adalah adil kepada rakyat untuk merasai perubahan yang mereka lakukan pada PRU-14, dan perubahan itu adalah asas kepada mereka, untuk menilai atau memilih pada PRU-15.

Tempoh dua tahun atau tiga, bukan lah satu tempoh yang memadai untuk menilai, apdalnya adalah sepenggal.

Apabila sepenggal penuh, maka rakyat yang mengundi pada PRU-15, boleh seadil-adilnya memilih kerajaan yang mereka inginkan. Jika mereka berpuas hati, maka PH akan dikekalkan. Apabila itu berlaku, maka stigma kerajaan sepenggal dengan sendirinya terhapus. Jika rakyat tidak berpuas hati, maka rakyat akan memilih parti lawan, iaitu Umno-Pas di Semenanjung, GPS di Sarawak, dan campuran di Sabah.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808