Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PERLU KAH TUN MAHATHIR LETAK JAWATAN SEBELUM CUKUP PENGGAL?

$
0
0
ADA yang kata trend sokongan rakyat terhadap Kerajaan PH sedang menurun, dan jika Tun Dr Mahathir meletakan jawatan, maka pengganti beliau mewarisi trend tersebut, namun jika beliau meneruskan sehingga tamat penggal, maka penggantinya, akan mendapat simpati daripada rakyat, dan keadaan itu perlu untuk PH tidak menjadi kerajaan sepanggal.

Senario politik tanah air selepas PRU-14, memang berubah secara total, apabila berlaku kerjasama antara Umno dan Pas, yang menamatkan permusuhan sejak tahun 1974.

Kerjasama Umno-Pas yang bersifat tolong menolong, untuk mengembalikan pemerintahan yang dikuasai melayu-islam seperti mana dilalui sejak merdeka, memang satu cabaran utama kepada PH.

PRU-15, trend pengundian belum ada penanda aras, terutama, pengelibatan pengundi bermula daripada umur 18 tahun.

Melihat kepada senario perubahan politik tanah air, nampaknya, golongan muda, terutama mereka yang berada di bawah 30 tahun, yang mana sebelum ini digeruni Umno dan Bn, kini, golongan itu pula digeruni oleh PH.

Bukti, bahawa golongan ini, menolak PH dilihat pada beberapa PRK yang dimenangi calon Umno, termasuk dapat merampas satu kawasan Dun yang dimenangi PH dengan majoriti yang cukup besar pada PRU-14, Dun Semenyih.

Tun Dr Mahathir adalah seorang pemimpin yang pakar dalam strategi. Jika beliau tidak menyerahkan jawatan atau meletak jawatan dan meneruskan tempoh sepenggal, jangan salah kan beliau, kerana matlamat beliau, agar PH boleh menang pada PRU-15, kerana faktor simpati pada bakal pengganti beliau, untuk masa ini adalah Datuk Seri Anwar Ibarahim.

Tun Dr Mahathir pernah melakukan pada tahun 2003, apabila beliau menyerahkan jawatan Perdana Menteri, kerana trend sokongan terhadap kerajaan masa itu serupa dengan trend yang ada sekarang. Kerana tindakan beliau itu, maka pada PRU 2004, satu keputusan yang belum pernah berlaku pada PRU di negara, di mana pemenang, bukan sahaja menang 2/3 akan tetapi 3/4. Pada PRU tersebut, para pemimpin hebat seperti Lim Kit Siang, mendiang Karpal Singh turut tewas, malah PKR hanya berbaki satu kerusi, iaitu, Permatang Pauh!!!. Di Kelantan, Bn hampir melakukan upset, hanya kurang 2 kerusi berbanding PAS!!!.

Penulis berpendapat, jika Tun menyerahkan jawatan sebelum tamat tempoh, maka mengiakan, PH hanya kerajaan sepenggal, jika tidak, maka sebaliknya!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808