Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PATI SABAH- SUDAH TARAF XENOPHOBIA?

$
0
0
Shafie desak rakyat Sabah jangan takut pada PTI
BENAR kah rakyat Sabah yang tidak senang kehadiran PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) sudah dianggap sebagai XENOPHOBIA?

Xenophobia adalah rasa ketakutan daripada penduduk asal terhadap pendatang, kerana dikhuatirkan jumlah mereka dilangkaui pendatang, sehinggakan boleh menyebabkan kehilangan kuasa di negari sendiri, berasaskan prinsip demokrasi.

Sabah merupakan sebuah kawasan di dunia yang mempunyai pertumbuhan penduduk luarbiasa tinggi, khususnya selepas berlakunya pergolakan di Selatan Filipina, dan kemudiannya pengembangan ladang kelapa sawit dan pembalakan bermula tahun 1970-an.

Pada tahun 1963, jumlah penduduk Sabah hanya berjumlah 446ribu, kini 3.9juta. Jika dinisbahkan, maka pertumbuhan penduduk Sabah pada purata 14% setahun. Akibat pertumbuhan yang cukup tinggi ini, maka demografri negeri ini sudah berubah.

Ironinya perubahan demografi negeri telah menyumbang kepada kadar kemiskinan, kadar rumah rumah-rumah setinggan, peningkatan masalah sosial seperti penagihan dadah, kadar jenayah seperti pembunuhan. Juga, pertambahan penduduk di luar kawalan ini, telah menyebabkan kerosakan alam sekitar, khususnya kawasan-kawasan pantai, sungai dan laut, bukan sahaja kerana faktor sampah saraf, juga pembinasaan alam semulajadi dengan menggunakan bahan-bahan peletop.

Sejak berubahnya kerajaan, bermula Mei, 2018, mereka yang dikategori, bukan penduduk asal, begitu berani, khususnya dalam pencerobohan tanah-tanah milik kerajaan, malah mereka ini secara berkumpulan yang memenuhi syarat sebagai penduduk sebuah kampung memohon tanah kerajaan untuk dijadikan penempatan.

Kerajaan yang diterajui Datuk Shafie Apdal, mesra penduduk bukan asal, kerana jumlah mereka yang sudah menjadi rakyat, malah saudara mereka yang masih berstatus "bukan warganegara" atau masih berstatus "PTI" boleh dijadikan sebagai "bank votes", sebab itu, Timbalan Presiden parti Warisan-Darell Leiking, sudah pejam mata, dan terlupa ucapan beliau sebelum PRU-14, berhubungan dengan PTI!!!!.

Hakikatnya, isu PTI, dan kini telah menjelma sebagai isu yang ditakuti, berterusan, kerana POLITIK, kerana KUASA!!!.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808