Dalam perjalanan ke Sandakan, 3 hari lepas seorang rakan merakam pergerakan lori-lori balak mengarah ke Sandakan.
Video rakaman tersebut, dikirimkan kepada penulis, kerana seperti rakyat Sabah yang lain juga, sangat menyambut baik keputusan kerajaan Sabah pada Julai 2018 yang mengambil keputusan mengaktifkan semula Jawatankuasa Pembanterasan Pembalakan Haram di Jabatan Ketua Menteri, selaras dengan peruntukan di bawah Enakmen Hutan 1968.
Asas kepada pengakitifan jawatankuasa tersebut, kerana kerajaan lalu didakwa berlakunya pembalakan tidak terkawal, walaupun dakwaan itu tidak selari dengan keadaan masa itu, kerana kerajaan lalu bukan sahaja mensifarkan pembalakan haram, malah telah mengurangkan pembalakan di seluruh Sabah, termasuk pembatalan beberapa konsensi yang melibatkan 1juta ekar. Sebagai impak kepada keputusan kerajaan lalu, keluasan hutan kekal Sabah, iaitu hutan yang dilindungi telah mencapai 1.87juta hektar pada penghujung tahun 2017, berbanding pada tahun 2002 yang hanya 838ribu hektar.
Apa yang menjadi persoalan besar sekarang, jika kerajaan Sabah hari ini beria-ia sangat mengurangkan pembalakan, mengapa kah masih ada lori-lori balak bergerak di jalanan di waktu pagi (seperti snapshoot rakaman tersebut?)
Penulis, sangat mengharapkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Ogos, akan ada Wakil Rakyat bertanyakan berkaitan keluasan hutan kekal Sabah, apa kah keluasan hutan seperti rekod pada Disember, 2017 masih kekal?
Penulis juga merasa janggal pada masa ini, para pengguna media sosial pada masa lalu, gemar sangat mengupload gambar-gambar lori-lori balak, kini, tiada lagi, sedangkan, pegerakan lori-lori di jalan-jalan di Sabah tidak berkurang, malah bertambah.