Quantcast
Channel: APA YANG TERSIRAT ONLINE
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808

PPBM SABAH TERUS MENGORAK LANGKAH

$
0
0
KERANA PPBM Sabah ditaja oleh pemimpin berpengalaman dan pemimpin akar umbi, semakin hari semakin ramai rakyat Sabah menyertai parti itu.

Pengalaman para penaja parti itu, dalam arena politik adalah faktor mempermudah penyelarasan parti di semua bahagian. Kodo patut diberikan kepada Pengerusi Bersatu Sabah Datuk Hajiji Haji Noor kerana berjaya melantik ketua-ketua bahagian penaja yang berkelibar sehingga mempermudah terobosan parti ke peringkat akar umbi.

Sebagai parti termuda di Sabah, kerana hanya dilancarkan pada 6 April, hanya berusia sedikit di atas dua bulan, sudah dianggotai hampir 200 ribu ahli, dan berasaskan kecenderungan itu, maka tahun hadapan parti itu akan disertai seramai 300ribu ahli.

Walaupun Bersatu merupakan sebahagian daripada kerajaan di peringkat Persekutuan, di negeri-negeri seperti Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang, kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak, kerana tiga negeri bukan dikuasai parti-parti Pakatan Harapan, namun di Sabah tidak sedemikian, meskipun negeri di bawah bayu itu diperintah oleh kolaborasi antara Parti Warisan, UPKO dan 2 parti komponen PH, iaitu DAP dan PKR.

Di Sabah, meskipun Bersatu (PPBM) merupakan parti ke-2 terbesar daripada segi jumlah kerusi di DUN Sabah selepas Warisan, namun parti itu TIDAK disertakan dalam kabinet negeri atau tidak diberikan sebarang peranan dalam pemerintahan negeri, keculai para ADUN parti itu hanya sebagai "backbencher" kepada kerajaan di Dun Sabah.

Melihat kepada sambutan kehadiran parti itu di Sabah, nampak gayanya, parti itu boleh menjadi parti peneraju kepada kerajaan Sabah pada masa hadapan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2808